SALAM SEJAHTERA, ni nak sambung lagi cerita panjang yang belum habis tu. Almaklumlah, nama pun cerita panjang, jadi kenalah buat episod-episod. Nanti ada pulak termuntah membacanya, ya tak? hehe.
Tapi sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih dulu (iklan) kepada Pulai Springs Resort yang telah memberikan cupcakes yang sungguh menyelerakan ini.
terima kasih daun keladi, lain kali bagi lagi.. hehe
Baiklah,sekarang bole sambung cerita...
Alkisah suatu hari kami sekeluarga telah berjalan-jalan ke negeri bandaraya bersejarah. Melaka ni antara destinasi yang selaluuuu sangat kami pergi sampai ada sesetengah tempat tu memang dah jadi macam kampung kami. Tapi sangatlah pelik kerana tak lengkap perjalanan kalau tak sesat di Melaka, pelik tak.
Tapi sejak en suami dah ada GPS ni kami taklah bimbang sesat lagi. Nak tahu kelebihan GPS, saya akan cerita pada tajuk akan datang.. insyaAllah.
Awal-awal lagi saya dah pesan dengan En Rizar,kalau nak gi Melaka kali ni mesti gak singgah Muor (Muar), pasal saya ni ngidammmm sangat (bukan ngandung ye..)nak makan sarapan Sate Muor dan Mee Rebus Muor yang famous tu. Dah keluar kat Warung Kita@ Astro, maknanya femeslah tu, kan..
Saya pun menelefon seorang teman iaitu Kak Mahanim untuk dapatkan clue macammana nak cari kedai tu. Kak Anim ni orang Tangkak, jadi lepas dia bagi sedikit info, kami pun set di GPS, Hotel Traders, Muar. Jom...
Kami parking di hadapan kedai yang menjual jamu betul-betul berdepan dengan Hotel Traders. (malas nak amek gambar kedai tu.. yang penting nak cari sarapan). Kemudian kami nampak ada satu warung ngeteh kat celah bangunan kedai. Kami terus menuju ke arah tersebut, ceh, macam dah biasa jek.
Kemudian, ada satu makcik yang berkaca mata agak tebal, dia memandang kami dengan seribu pertanyaan (tengok riak wajah pun dah faham). Belum sempat dia bertanya, saya pun tanya dulu.
Sambil tersenyum... "Makcik, (lupa nak bagi salamlah..., tak patut betul) kedai makan yang ada jual sate tu dekat mana?"
"Oh,kedai tu awak jalan lorong ni terusss, nanti sampai hujung tu awak belok kanan, nanti ada satu pintu, awak masuk je kat situ," jawab makcik sambil menunjuk-nunjuk ke arah depan lorong. Kami mengangguk-angguk tanda faham sambil mngucapkan terima kasih dengan makcik tu. Lalu kami pun susurlah lorong belakang tu tiga beranak. Pemandangan dan bau, okey, tak ada apa yang memualkan walaupun di belakang bangunan.
Sampai dekat pintu yang makcik tu bagitahu tadi, kami dah nampak suasana dalam kedai. Inilah kedainya kot. Bau dan asap orang mengipas sate menusuk ke lubang hidung. Hati kembang berbunga, akhirnya hajat nak makan sate muor akan terlaksana.
Kami jenguk ke dalam kedai. Oh ya, kami tak masuk ikut pintu belakang, malu beb. Seperti yang dijangka semua meja penuh. Ramai lagi yang bersama-sama kami menunggu meja yang kosong. Yang duduk pun ramai yang menunggu makanan dipesan dihidangkan.
Setelah dua kali cubaan 'mengecop' meja gagal.. huhu, akhirnya kami dapat juga tempat duduk di hadapan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 40 hingga 50-an, macam orang gomen nampaknya.
Satu minit... lima minit... sepuluh minit... tiada seorang pun pekerja kedai yang datang mengambil pesanan. Fuhh... fuhhh... fuhhhhhhhh... kami menahan sabar. Kemudian datang seorang pekerja perempuan meletakkan dua mangkuk kecil kuah sate di hadapan kami. Yaya ternganga, "Yaya punya???". En Rizar cuba memanggil minta tambahan kuah tapi tak tahulah sama ada memang tak dengar ke pasal bising atau buat-buat tak dengar.
"Takpelah Yaya, kita share tiga orang," Yaya mengangguk. Tunggu lagi. Kali ni pekerja tadi datang lagi meletakkan sepiring kecil timun dan nasi impit.
Masa berlalu, tapi langsung tak tanya pasal sate ke, nak minum apa ke... hati panas beb. Lepas tu, baru datang dengan muka 14, macam dah tiga bulan tak dapat gaji.. tanya pulak tak da lemah lembut langsung.. laju je.. macam nak cepat-cepat jalan. Hish!!!
Pasal memang plan nak makan mee rebus, kami pun minta dua mee rebus. Yaya awal-awal dah cakap, dia nak makan sate jer. Suami saya pun nak orderlah sate sekali, baru jer sebut 'sa... dia pun dah melangkah, memanglah ... ishhhh, nak cakap jer...
Kemudian, datang seorang yang lain, lelaki. Yang ni muka kesian, masih muda lagi. Lepas ambil pesanan dia pun berlalu, sempatlah kami cakap nak sate. Dia pun panggil seorang lagi. Maka yang dipanggil tadi pun datang, lelaki juga. Muka okey, maksudnya senyum tidak, masam pun tidak. Kami pun order sate. Ermmm, yang perempuan tadi datang meletakkan sepinggan mee rebus. Baru jer nak tanya saya punya... dia pun berlalu. Perghhhh! Saya suruh en rizar makan dulu, sedap katanya.. nasib baik..
Bila staf yang ambil pesanan air tu membawa air, kami pun bertanya mee rebus satu lagi. Sebenarnya kedai tu tidaklah besarrrr sangat sampai susah sangat nak menghantar pesanan. Kedudukan meja kami betul-betul berhadapan dengan kaunter makanan, pendek kata meja kami adalah meja yang antara depan sekali.
Bila mee rebus saya sampai,suami terus menyelak mee saya. "Takde telur ke?".. "Aahlah, takde telur.." saya terus membawa pinggan mee tu ke kaunter mee, dahlah terlupa, bila saya minta baru diorang perasan telur dah habis, takperlah.. saya cakap, nanti potong harga ye.
Sate masih belum tiba. Saya perhatikan, ramai yang dah pergi layan diri. Kesian tengok Yaya, dah licin pun nasi impitnya masuk perut, tapi sate tak sampai lagi.
Akhirnya suami saya pun bangun dan ambil sate sendiri. Terpaksalah, pasal tak sampai-sampai.. kami bukan nak makan percuma, kami bayar tapi ini layanan yang kami terima, indah khabar dari rupa, sate pun tak sesedap mana rupanya.
hmm... siksanya nak makan sate muor..
salam perkenalan.Kak.Ana orang baru dlm.blog ni.so memang xcited tgk orang kita yang creative ni.blog ni antara favorate blog selepas blog C mat gebu.semoga sukses ,jmptlah ke blog kak ana
ReplyDelete