nak cerita panjang ni... episod akhir

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
DUSH2!! Penatnya Isnin... baru lepas makan malam, dah siap pun sidai kain, sekarang mahu update blog. Malam ni makan lauk semalam tambah dengan ayam goreng berempah yang digoreng oleh En Rizar. Sedapppp sangat, sehingga menjilat jari.

Semalam pulak, masa pergi rumah ibu, ibu bagi sekeping ikan merah masak kari, nasi kandar style...

sekarang boleh sambung cerita...hehe

SALAM SEJAHTERA, ini merupakan episod akhir siri nak cerita panjang ni. Nak cerita tentang percutian saya ke Melaka, baru-baru ini.
Buat pertama kalinya, suami saya kali ini telah menempah sebuah bilik di sebuah resort yang terletak di pinggir Bandar Melaka. Rasanya tak perlulah saya nyatakan di sini nama tempat tersebut, cukuplah saya katakan kami datang dengan cara baik dan kami minta diri pun dengan cara baik.
Biasanya suami saya jarang sekali nak bermalam di resort, tapi kali ni dia telah membuat keputusan yang tidak dijangka semata-mata nak makan ikan bakar di Pengkalan Balak. Seperti biasa saya tak membantah, janji semuanya ditanggung beres.
Sebaik sahaja sampai di resort yang dimaksudkan ini, suami saya terus meletakkan kereta di bahagian belakang resort. Di sini terdapat deretan chalet yang dibina secara teres yang berhadapan dengan kolam renang. Di sini juga terletaknya restoran hotel yang sangat cantik dengan ciri-ciri tradisionalnya.
Suami saya agak terdiam bila melhat keadaan kolam renang. Sebenarnya kami dah dijanjikan bilik yang mengadap kolam, tapi bila tengok kolam yang sekangkang cicit kera tu... ermmmm... diam dululah.
Kami menyusur restoran untuk ke lobi. Keadaan di lobi agak menarik dengan hiasan dalaman yang amat mesra tetapi agak sunyi sepi. Saya sempat mengambil gambar beberapa sudut yang menarik. Ada seorang wanita berusia lingkungan 30-an sedang melayan seorang tetamu yang sedang memilih bilik.
Kami tidak menunggu lama apabila diberi kunci bilik dan diberitahu kami boleh meletakkan kereta di hadapan bilik kami. Wah, senanglah nak bawa turun barang-barang.
Sebaik sampai di bilik yang terletak paling hujung, hati saya mula cuak. Biasalah, bilik paling hujung ni selalu dikaitkan dengan cerita-cerita misteri. Saya membaca Bismillah dan memasukkan kunci ke lubang tombol pintu. Bahagian atas pintu terbuka. Rupa-rupanya pintu itu dibuat seperti pintu zaman tradisional yang mempunyai daun atas dan bawah seperti tingkap.
Sebaik masuk ke bilik kami agak terpaku. o.. o... itu saja yang terkeluar dari mulut. Bilik bersaiz deluxe itu agak kecil tetapi mempunyai ciri-ciri tradisi. Katil permaisuri dan set televisyen diletak bersebelahan agak sempit. Kami membuka pintu depan yang menghadap kolam renang. Dalam hati ralat semacam.
Tiba-tiba Yaya berkata, "Bonda, habuk," sambil menunjukkan habuk dan sawang di atas cadar katil. Saya dan suami berpandangan. Kami sama-sama memandang ke siling bilik yang cantik beranyam. Mungkin habuk dari siling. Saya mengambil bantal kecil hiasan dan mengebas habuk tersebut.
Tapi saya sudah rasa lain macam. Rasanya keseluruhan katil ada habuk dan sawang. Saya mengibas-ngibas bantal. Ceh, ada dua tiga ketul tahi cicak yang sudah kering. Saya perhatikan keliling. Habuk dan sawang di rak tv, atas meja malahan di dulang yang terletak set kopi dan teh.
"Ba... kotornya," saya mengadu pada suami. Suami pun dah buat muka semacam. Saya membuka pintu bilik air. Cantik dan moden, sayangnya ada tahi cicak berderetan di atas kaunter dan lipas mati di lantai. Hishhh.. tak boleh jadi.
Kami mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat bermalam di situ. Sampai di kaunter lobi, saya dapati ada beberapa tetamu sedang menunggu kunci bilik. Kalau tidak silap ada sambutan hari keluarga sebuah syarikat nak diadakan di situ. Saya memanggil pekerja resort tersebut ke tepi dan menerangkan masalah bilik dan hasrat untuk membatalkan tempahan. Dia agak terdiam dan meminta kami memulangkan kunci bilik. Saya meminta izin untuk mengemaskan barang-barang kami yang telah di bawa masuk. Sebaik selesai, kami terus memulangkan kunci. Hmmm... nak buat macammana, kami bayar bukan duduk percuma.

salah satu ruang di lobi.. tak sempat ambil gambar di bilik kerana terus fkir nak cha alif but saja.. huhu....
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!