MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, March 7, 2010

lagi-lagi cupcake

SALAM SEJAHTERA... Alhamdulillah, laris betul sotong masak kari saya hari ni walaupun En Hubby kata dia nak makan sotong masak kicap. Ceh, mana aci.. asyik nak ikut selera dia jer, sesekali kenalah ikut selera saya pulak, betul tak.
Hidup ini simple, di rumah saya tak perlu nak memasak yang remeh temeh, kalau sekali sekala tu bolehlah, biasanya masakan di hari minggu yang cuma cuti Sabtu dan Ahad, cik abang saya memang tak cerewet. Almaklumlah, begitu memahami situasi sang isteri yang nak buat macam-macam kerja termasuklah membaking dan meng'update' blog.. hehe.
Menu tengahari tadi merupakan ulang siar menu semalam.. hehe, kecuali ganti ngan sotong masak kari yang mengancam diet saya

Sotong masak kari style saya ni senang jer.. nak resepi ker... ishhh! Tak payahlah, pasal resepi saya ni pakai campak baling jer, tak tahulah dapat ilham kat mana.
Cuma tumis rempah-ratus sekawan tu termasuklah kayu manis, pas tu campakkan 3, 4 ulas bawang putih yang diketuk. Masukkan selabu bawang besar yang dibelah dua dan dihiris melintang. Letaklah juga serai yang diketuk dan 1/2 inci halia dihiris nipis. Jangan lupa masukkan daun kari, kalau takde pun takpe, nak lagi best, potong 5, 6 biji cili padi yang dihiris kasar. Kemudian masukkan sotong, tak payah letak air dulu pasal sotong ni akan mengeluarkan airnya. Letakkan sesudu kecil serbuk kunyit dan sesudu besar rempah kari ikan. Gaul rata, masukkan suku cawan santan pekat. Kalau pekat sangat, tambahkan sedikit air. Kalau suka boleh masukkan tomato yang dibelah empat. Bila agak mendidih tu, tutupkan api. Senangkan, macam resepi orang bujang.. hehe.
Lepas makan tengahari tu, teringin sangat nak mem'baking' maka terhasillah dua jenis cupcake iaitu Choc Cheese Muffin dan Hawflakes Muffin. Jangan tak percaya... Hawflakes Muffin tu resepi ciptaan saya tau. Choc Cheese tu resepi asalnya dari Hani-Ringgo (Jepun) tapi saya lupa saya kutip resepi tu dari mana sama ada dari rumah Cik Mat ataupun Myresepi.
Nanti saya akan update pada tajuk akan datang resepi Hawflakes Muffin tu ya.. macam tak sempat jer nak update sekarang.. hehe
hawflakes muffin yang masam-masam manis

choc cheese muffin, saya guna coklat putih sebab tu tak nampak coklat, saja nak menghabiskan balance coklat putih dalam esbox.

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....