MINGGU NI ada rasa sikit penat, nak update blog pun agak malas, tapi memandangkan esok dah nak masuk 3hb Mac 2010, rasanya adalah wajar semua cerita yang berlaku di bulan Februari di selesaikan secepat mungkin sebelum ia menjadi basi.
Sebenarnya tak tahu nak cerita yang mana satu dulu, tapi rasanya biarlah saya tulis daripada yang paling hangit dahulu (lamalah tu)... sampai yang paling hangat.
MMM... konon-konon niat masa buat blog ni tak mahu nak menyentuh sensitiviti sesape, jadi rasanya lebih eloklah kalau saya tak sebut nama tempat.. tapi biasanya orang kita ni agak peka, bagi clue sikit.. mesti boleh pecah rahsia.
Patutnya dah lama nak cerita yang ni, tapi macam saya bagitahu tadi.. agak sibuk, tambahan dengan laptop meragam, kadang-kadang tumpang laptop encik rizar, yang ni tumpang komputer Yaya.
Ni cerita tentang sebuah taman tema air yang terletak dekat dengan kampung suami, sape-sape yang selalu baca blog ni mesti tahu kat manakan... Dekat sangat, tak sampai 20 minit pun. Taman tema ni kalau kita masuk lepas pukul 5, kita dapat potongan separuh harga, jadi pasal kami pergi tu hari minggu (kebetulan cuti Tahun Baru Cina), kami kena bayar RM18/dewasa.. maknanya kalau masuk sebelum pukul 5, kena bayar RM36... uihhhh, mahal tu. Tapi pasal kenangkan Yaya, kami pergi juga selepas dipelawa kakak ipar (saya punya beraslah... eh biras).
Penjaga kaunter tiket memberikan kami dua resit, satu untuk masuk (walaupun dah dapat tali jam.. lupa tangkap gambar tali jam), satu lagi untuk ambil makanan sebelum pukul 6. Wahhh.. ada makanlah, okey jugak.
Sebenarnya inilah pertama kali kami bawa Yaya ke taman tema air.. jadi ni kira pengalaman pertamalah. Kalau kolam-kolam biasa tu adalah. Lebih kurang pukul 5.30, kami pun pergilah ambil makanan, Yaya dah seronok dah dengan sepupunya Alisya, Zarith, Zahid dan Lily.
Ada tiga pilihan iaitu burger, bihun goreng dan nasi goreng. Pasal nak ringkas kami pilih burger, tapi jawapannya.. burger dah habis bang. Kami pun mintak bihun goreng. Dapatlah sebungkus bihun dan secawan kecil air sarsi yang sekali hirup tinggal ais jer...
memang cekik darah sungguh, bayangkan kalau bayar RM36, dapat makan minum cam tu, dengan kemudahan dan keseronokan yang tak seberapa... perghhh, mau saya masukkan dalam suratkhabar. Nasib baik separuh harga... nampaknya ni first and lastlah kami datang. Tak tahulah kalau masuk RM10, mungkin boleh datang kali kedua... mungkin... InsyaAllah..
Yaya, Alisya dan Zarith
suka tengok Yaya gembira
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih