MAKAN-MAKAN DI ALAM SARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

ASSALAMUALAIKUM wbt.

Salam Pagi Jumaat, yang terakhir Sya'aban pada tahun ini. Mudah-mudahan dipanjangkan umur kita akan bertemu pada Sya'aban yang akan datang.

Fuhhhhhhhh... lama sungguh tak entri di sini. Banyak yang saya tertinggal, banyak rumah kawan-kawan yang tak dapat disinggah. Cuma sempat bersembang di facebook sekali-sekala. Banyak sungguh cerita yang ingin dikongsi tetapi apakan daya.

Jom layan gambar makan-makan sepanjang tidak berblogging. Ambil gambar.. ambil gambar... bila tengok display kamera, banyak betul gambar makanan, tapi saya makan sikit jer.. diet kononnya, hehe.


Soto Madura ni dimasak ibu masa hari lahir anak saudara, sedap. Beza soto madura dengan soto biasa, soto ini menggunakan santan, awas! Banyak kalori & kolestrol ya.. tapi memang sedap.. hehe


Nasi Dagang.. feberet saya, tapau dari gerai di Taman Pulai Indah, sedap kakak ni masak, kenyang sampai ke petang..


Hi-Tea di Paolo Cafe, Puteri Pasific Johor Bahru... sempena Majlis Perpisahan Bos dan memperkenalkan bos yang baru..


Antara masakan wajib hujung minggu, tapi terlupa nak beli daun ketumbar.. layan jerlah..


Malam-malam tetiba lapar, buat Roti Tampal Telur & Bakar... tengok dalam Sarjan Saji.. hehe


Ha.. yang ni ada member baik belanja sempena dia mendapat gelaran OKB.. huhu


tengok tu... banyaknya OKB makan... isk.. isk.. isk.... muka OKB tak leh tunjuk kat sini ya.. hehe


My Sis sibuk nak buat cistat.. layan............


Kalau sesiapa datang JB, jangan lupa cari lontong kering.. memang power! Ni dari kantin Balai Polis Depoh... terangkat!


Ayam Lemak Cili Api Nogori Style.. belajar dari Kak Lizloteng... sedap gilos!


Dah tak ada idea nak masak... goreng nasi jerlah.. hehe


Nasi Lemak ngan sambal kicap???? Uols agak-agak kat mana ni? Hehe.. tak yah cakaplah.. sendiri tau.. huhu

Terima kasih kepada kengkawan yang sudi layan gambar-gambar ini ya.. Wassalam.

Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Sari Yusa...paling menarik selera akak ialah...soto madura & nasi dagang tu...rasanya nasi lemak sambal kicap tu kat melaka makan dengan ikan bakar? Betul tak?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!