BALIK KAMPUNG ANGKAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT


SECARA tiba-tiba, PI ajak balik kampung angkat beberapa minggu lepas. Memandangkan SK pun dah mati kutu tak keluar-keluar dari Johor ni, SK tak membetah la. Tu pun, hari nak berangkat baru kemas baju masuk luggage, hehehe.



Along ada pesan, kalau datang Melaka, beritahu sebab Abang Long ada kirim Mesin Terapi untuk saraf kaki nak bagi pada PI. 



SK singgah Azhar Food beli jajan sebagai buah tangan tapi tu la, nak beli Benji Roll tak ada stock pulak. 



Tapaukan Along, Asam Pedas Mayong ni masa makan kat Asam Pedas JJ.



Aaa.. ni la Mesin Terapi Saraf Kaki yang Abang Long bagi PI. Suka betul la PI guna ni, rasa kaki macam diurut ya padahal kita cuma letak tapak kaki jer kat situ.



Boleh pilih Mode berapa, mode 3 paling keras ya, tapi sedapppp, hehehe.



Lepas ambil mesin terapi, kami terus ke hotel. Malam sebelum ke Melaka tu, barulah PI tempah ibis Melaka ni. Dia jer la yang mur sikit regenya, hehehe. Mula risau jalan jammed sebab dekat dengan Little India, kan. Padahal sebelum ni dah pernah menginap dekat sini, hadap jammed, ehhhh.. tak serik pulak ek. Sebenarnya, lupa bab tu, hahaha.



Masih kenyang makan dekat JJ, kan.. malam-malam la baru cari makan. SK bancuh Teh O Panas untuk PI dan untuk Sk ada Kopi O Panas. Coklat tu dah lama beli tapi tak makan-maka. Roti Garlic Bread, Cik Ani bagi.



Ingatkan malam baru nak keluar tapi PI ajak ngeteh dulu. Deret ibis ni ada dua restoran India, tapi Sk tak berapa yakin, kami jalan jauh sikit sampai dekat dengan jambatan Banda Hilir, ada restoran di selekoh tu la kami mengeteh.



SK pesan Teh Masala, PI minum Teh Tarik dan kami makan tosei seorang sekeping. Sedap tosei dia, kuah pencicah, empat jenis, semua pun sedap.



Nak jalan-jalan kat Banda Hilir macam tak sanggup, kami terus balik ke hotel. Tapi macam pelik, la.. lengang jer suasana petang tu, selalu hiruk-pikuk dengan kenderaan lalu-lalang.



Sarapan Sk, macam biasa, pinggan pertama, American Breakfast.



SK buka old post, pengalaman menginap di ibis Melaka sebelum ni, Sk ada tulis, Nasi Lemak sedap. Sebelum tu tengok PI makan nasi lemak takde komplen apa-apa, jadi, Sk ambil la sepinggan.



Sebelum tu, SK ada ambil nasi goreng dan mi goreng, tak tahu kenapa tak ada gambarnya, rasa ada ambil, hihi.  Nasi goreng dia rasa kosong jer, macam tak letak rencah langsung, tawar pulak tu. Mi dia pulak macam mi bodoh la, nak macam mana lagi, hihi.  Dalam gambar ni, Bread Butter Pudding, okey la.. sedap jugak. Lepas ni nak kena ingatkan PI, tak nak menginap dekat sini lagi dah, hahaha.



Ada pertandingan ni. Comel jer ek naik skuter pakai kebaya Nyonya.



Boleh main congkak kat sini.



Memandangkan PI tak nak balik ikut jalan kampung dan SK yang akan memandu ikut lebuhraya, kami tak dapatlah ke Coconut Shake Alai macam selalu. Jadinya, kami ke Klebang, la.. walaupun sebelum ni pernah cakap, tak nak dah minum di Coconut Shake Klebang ni. Tapi, kali ni tak menyesal la sebab dorang dah kembalikan Coconut Shake dalam gelas bukan lagi Cup Take Away. Tekstur Coconut Shake pun dah halus mulus, macam dulu-dulu la. Suka!



Makan nasi lemak sorang sebungkus. Hurmm.. nasi lemak lagi ek, haha. Tapi, sikit jer la sebungkus tu, boleh dimaafin, hehehe. Kuih tu ambil satu jer kuih kegemaran masing-masing, Kuih Buah Melaka (onde-onde) untuk PI dan Sk makan Kuih Cara Berlauk.



Selamat tinggal Kampung Angkat, nanti kami datang lagi. Sebenarnya ada misi yang belum dapat ditunaikan di Melaka, nanti kena datang jugak untuk noktahkan hasrat seorang silent reader. Tunggu ya, Kak.. saya cuba!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!