CERITA ASAM PEDAS ~ POKOK BESAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM wbt

MASIH lagi kisah asam pedas. Kali ini kami mencari lokasi restoran asam pedas yang terkenal di Bandaraya Bersejarah, Melaka. Tempat yang dituju ialah Taman Kota Laksamana yang menurut cerita terdapat dua tiga buah restoran asam pedas yang terkenal di sini. Dan kami telah memilih Restoran Asam Pedas Pokok Besar.

Pilihan kami tentunya asam pedas tetel. Perghhhhhhhhhh!! Siap bertambah-tambah nasi. Setiap set nasi akan dihidangkan bersama dengan potongan timun dan sambal belacan. Rasa asam pedasnya agak ringan berbanding asam pedas tetel yang sering kami nikmati sebelum ini atau yang saya masak sendiri. Tapi, masam-masamnya tu kami tiga beranak sangat suka. Layan gambar jommmmmm...



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam sari..Insallh GA atie akan menyusul..tggu jan lupa memeriahkannya yer...

    ReplyDelete
  2. soalan : tetel tu apa? lauk dalam asam pedas tu ke? macam begedil ke?

    ReplyDelete
  3. salam sari..waduh..buak tekak yang demam ni..terliur nak makan asam pedas..
    nak pergi melaka jugak lah..tapi akak taunya..bandar hilir je..kat situ lah makan asam pedas..

    ReplyDelete
  4. azatieku sayang, akan ku tunggu GAmu..

    Hisyam, tetel tu bahagian daging yang berlemak.. hehe... kolestrol tinggi tuh!

    Kak Erna, Kota Laksamana sblah jer ngan Banda Hilir, byk pilihan asam pedas kat situ..

    ReplyDelete
  5. YA ALLAH SEDAAAAAAAPNYA......YA ALLAH SODAAAAAP NYA...YA ALLAH LAZATNYA.......AKU DAH LAMO CARI CARI TOMPAT TU....BARU-BARU AKU DAH TERJUMPA SECARA TAK SENGAJA..KEBETULAN AKU MENYEWA HOTEL KAT SITU.........APA LAGI SERAAAAAAANG....AKU HABIS TIGA PINGGAN NASI..DAN DAGING TETEL 1 SETENGAH PINGGAN....TERDUDUK AKU SEMPUT..PENANGAN ASAM PODAS POKOK BESAR.....SEDAAAAAAAAAAP..YA RABBI....AKU DAH TAK BOLEH NAK CAKAP LAGI...KALU NAK RASA PERGILAH SENDIRI............YAHOOOOOOOOOOOO.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!