ASSALAMUALAIKUM wbt
HARI ni pagi-pagi dah terrrrrajin memasukkan cerita encik suami yang berkobar-kobar mencuba resepi barunya, Siakap Kukus Lemon. Yang ini memang 100% idea beliau tanpa merujuk mana-mana buku resepi. Encik Rizar ni memang minat sangat masakan dan minuman yang berasaskan lemon ni sampaikan setiap kali makan di sebuah restoran makanan laut kegemaran kami beliau mesti nak minta masakkan ikan lemon ni. Selepas beberapa kali mencuba masakan ini di sana akhirnya beliau telah merealisasikan impiannya untuk memasak sendiri dengan menggunakan lemon sebagai bahan utama. Resepinya... dia hentam saja, bahan-bahan secukup rasa... tapi memang sedap.. sampai termimpi-mimpi... hehe..
Bahan-bahan:
semestinya seekor ikan siakap saiz sederhana
1 batang serai*
1" halia*
cili padi (ikut citarasa pedas)*
1 tangkai cili hidup*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sk gula atau secukupnya
1/3 sk garam atau secukupnya
1 sk sos ikan
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada putih
3 tangkai daun ketumbar
jus lemon secukupnya (ikut suka masam)
1/2 cawan air
1 sk tepung jagung dicampur sedikit air
Cara-cara:
1. Bersihkan ikan, dibelah 'butterfly'. Lumurkan dengan sedikit minyak bijan dan serbuk lada putih.
2. Panaskan air kukusan, masukkan akar daun ketumbar.
3. Tumbuk halus semua bahan bertanda *. Masukkan dalam periuk kecil.
4. Masukkan jus lemon, sos ikan, air, garam dan gula secukupnya.
5. Kukus ikan berasingan 10 minit.
6. Didihkan bahan no.4. Apabila mendidih masukkan campuran air dan tepung jagung dan kacau cepat.
7. Keluarkan ikan dari kukusan dan curahkan sos dari periuk tadi. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba..
Salam akak... syedapnyer... SK selalu mintak 3rasa jarang stim.. erma klu steampun asing pes.. bila siap.. curah kat ikan n kukus lagi teraser lah..terliur
ReplyDelete