TEMPAHAN CHEESE TART & KERENAH PELANGGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
17
ASSALAMUALAIKUM wbt

REZEKI masyuk lagi...
dengan tempahan Chocolate Cheese Tart dan Blueberry Cheese Tart
dari kawan sekerja, Nurzeha. Terima kasih ya Zeha kerana sudi tempah dengan Kak Yus. Chocolate Cheese Tart tu rasanya Zeha tempah untuk dua puterinya yang comel tu, harap keduanya suka rasa cheese tart tu ya.

Update reaksi pelanggan di sini... baca tau, hehe.

Nota: Sebenarnya semasa saya asyik menyediakan cheese tart ini, saya teringat dengan seorang kawan yang juga menjalankan bisnes yang sama. Sahabat maya saya ni tak silap orang KL. Dia menceritakan tentang pelanggannya yang selalu kata kuih yang dijualnya mahal. Bila saya tanyakan harganya, terkejut saya kerana dia menjual sangat murah rasanya berbanding dengan orang lain yang menjalankan bisnes yang sama (termasuk saya). Alasan pelanggannya ialah kos yang dikeluarkan kawan saya ni murah, dia dah untung banyak dah.

Alahai, cik kak.. Cubalah anda buat sendiri, nanti baru anda tahu berbaloi atau tidak anda membeli. Kami bukan sekadar mengira untung balik modal sahaja, siapa nak bayar tenaga kami berjaga malam menyiapkan tempahan. Acuan shell itu sendiri bukannya murah. Piping bag yang kami gunakan cuma boleh dipakai sekali. Itu belum kira bil air dan bil elektrik. Cheese tart juga perlu dibakar sebanyak dua kali. Oh, kakak, kalau nak komplen tu lain kali fikir dulu ya. Kasihan dengan kawan saya tu yang berjualan bagi mencari wang saku untuk anak-anaknya. Macam saya ini, lainlah. Selain mencari duit tepi dan duit tengah.. hehehe, minat itu yang paling utama. Kerana kalau minat saya ni hanya saya gunakan untuk makan-makan sendiri, alamatnya naiklah badan ni macam tong dram angkara keju yang saya telan berkoyan-koyan... hak.. hak.. hak. Jadi dengan berjualan sambil menambah wang untuk enjoy (saya kan suka enjoy... hihihi) minat tu dapat juga diteruskan.

Post a Comment

17Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya.. bila la buleh buat sendiri hehe

    ReplyDelete
  2. rajin la akak ni,
    kalau dah minat...tak kisah kan kak...
    akak jual sebiji berapa harganya...
    geram mas tengok cheese tart akak yg cantik2 tu..he..he..

    ReplyDelete
  3. As salam sari..Alhamdllh,dpt rezeki gak!semoga pasni ramai yg mengoder lg yer...

    ReplyDelete
  4. sama2 kak yus...bkn anak yg nk ibu diaorg nie yg nk...hik3x...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah bz makin maju,biasa ler manusia mmg tak pernah bersyukur dgn apa yg ada... mesti ade je yg nak komen kan

    ReplyDelete
  6. tuh la...dah mmg adat org kite kot. nak barang bagus tapi nak murah2. kalau mat saleh tu depa sanggup bayar mahal, dan bagi tips lagi kalau depa puas hati.

    gimana org kita mau maju? huu~

    pause jap...

    sedapnya cistat....!

    ReplyDelete
  7. folo & BW..

    mehla jenguk belog ai...

    slaam kenal !(^_____^)

    ReplyDelete
  8. Atie, jgn fikir2, buat jer... hehe

    Mas, 50pcs, RM30.. ada pakej lain juga

    Kak Atie, mintak2lah begitu, enjoy buat tart ni..

    Zeha.. haha, rupanya ibunya yg nak ya.. hik3

    ReplyDelete
  9. Chik Mi, manusia kan mmg begitu...

    Ila, nak murah tapi sedap, mana aci.

    gadisBunga, ialah, kalau ngan matsaleh bkn main tunduk lagi.. hehe.. cistat mmg sedap

    Noremy, trimas krn sudi singgah.. nt i bw

    ReplyDelete
  10. assalam sari....alhamdulillah murah rezeki tu kan..biasalah bkn senang nk puaskan ati semua org. btw cantik tgk sari buat tart ni...nieza teringin juga nk buat tapi takut x menjadi nk kena cuba jugalah nanti.

    ReplyDelete
  11. salam..cis tat ni saiz brpa ye..tq

    ReplyDelete
  12. Salam kak...ada wt temphn x kuih ni? Sy nk..akk msg sy blh..sy cri no tel akk xjmp.sy ske sgt kuih ni tp sush nk cri org yg mjualnye. Ni no tel sy 0126512676. Akk msg ye...

    ReplyDelete
  13. memang benar bagai dikata.. ada yang kata, kenapa lah org jual mahal sgt padahal cost nya murah dan senang jer buat. setakat buat comot2 utk makan sendiri boleh lah ckp mcm gitu.

    ReplyDelete
  14. Mcmana nk order?dh lame cari tart ni..untuk raya smpt lg x nk order

    ReplyDelete
  15. Mcmana nk order?dh lame cari tart ni..untuk raya smpt lg x nk order

    ReplyDelete
  16. Mcmana nk order?dh lame cari tart ni..untuk raya smpt lg x nk order

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!