ASSALAMAULAIKUM wbt
MARI menyambung cerita Yaya yang tergantung tadi...
Sampai di rumah, kami bertiga terus menuju ke bilik Yaya. Jeng.. jeng.. jeng. Yaya mencari, di situ.. di sana.. dah disediakan rak untuk meletak buku tulis tapi dicampur juga buku tulis dan buku latihan. Bukku cerita dan novel pun suka dicampurnya sekali. Saya perhatikan Yaya mula cuak, sekejap-sekejap dia menggaru kepalanya.
"Mana dia? Mana dia?" ER dah mula berang. Yaya makin gelisah, sebagai ibu dapat saya rasakan kegelisahannya tu apabila buku yang dicarinya tak ada. Kami turut sama mencari. Er juga mencari dalam beg sekolah yang selalu dipikul Yaya.
"Buku tu ke buku yang Yaya tunjukkan dekat baba semalam?" Malam sebelumnya sememangnya ER ada menyemak kerja sekolah Yaya dan menurut ER dia ada melihat buku itu. Tapi sekarang buku itu dah lesap sedangkan Yaya beriya-iya mengaku dia dah masukkan dalam beg.
Adegan hangat yang hangit!
"Mana beg kuning Yaya????" Sambil menggaru kepala yang semakin gatal dan rambut yang semakin menggerbang kerana ketakutan mungkin.
Buku hilang tiba-tiba satu hal, beg kuning yang biasanya diletakkan buku latihan dan aktiviti pulak tiada ditempatnya maknanya tidak dimasukkan ke dalam kereta semasa di taska tadi. Adoiii!
Desyum3! Maaflah... adegan yang tidak ingin anda lihat...
Saya menelefon ummi yang merupakan pemilik taska. Menurut ummi, beg itu memang tertinggal di taska dan terasing dari beg-beg lain kerana terlalu banyak beg dan Yaya tadi mengambil buku untuk buat kerja rumah tetapi tidak meletaknya bersama beg-begnya yang lain. Fuh! Semuanya nampaknya seperti hendak menyelamatkan diri. Bagi Yaya sendiri, beg kuning itulah satu-satu harapannya kerana semua tempat sudah dicari tetapi tidak ditemui. Ummi memberitahu kami boleh datang mengambil beg tersebut pada malam itu juga. Saya cuba menelefon lagi ummi untuk bertanyakan tentang buku itu dan tiba-tiba...
"Ha.. ni dia dah jumpa," terdengar suara Yaya dari bilik. Dicampur suara ER yang boleh dengar satu taman, saya bergegas datang. ER menunjukkan buku yang bertulis Grammar Exercise itu pada saya. "Jumpa kat mana?" "Dalam beg sekolah dia terselit."
Satu perkara tentang Yaya, selain mudah lupa di mana meletakkan barang, dia juga mudah putus asa apabila mencari dan mudah pula membuat keputusan. Maknanya apabila mencari buku tak jumpa, dia terus fikir dia tertinggal buku tu sedangkan sebelumnya dia ingat dia ada masukkan dalam begnya. Dan kemudian pantas pula menyalin di dalam kertas lain. Kami menyemak buku itu dan tarikh terakhir dia menulis adalah pada hari Rabu bermakna Yaya memang tak pernah tinggalkan buku tu. Saya tak pasti sama ada cikgunya serkap jarang yang Yaya selalu tinggalkan buku itu sepanjang minggu ini apabila menghantar sms kepada saya. Lebih lima kali saya menelefon guru Bahasa Inggerisnya bagi menentukan tajuk buku yang dikatakan tertinggal itu tetapi telefon tidak diangkat. ER bertanya Yaya di mana dia meletakkan kertas yang disalin di sekolah tadi. Tanpa berfikir panjang Yaya berkata dia meletakkan kertas itu di dalam beg kuning.
Malam itu juga kami menggoncang pagar taska. Seram juga, maklumlah di kejiranan banglo karang ada yang kena saman. Sebaik masuk ke kawasan taska kami mengetuk pintu taska berkali-kali tetapi tidak dibuka. Kemudian ER perasan beg kuning itu diletakkan di luar mungkin bagi memudahkan kami mengambilnya. Oh! Penatnya saya bercerita, rasa macam penuh emosi tak? Agak-agak ada tak latihan yang ditulis Yaya tu dalam beg kuning tu?
Kuang.. kuang... kuang.... bersambung nanti ya... penat... huk3!
akak dah mcm buat cerpen lak...x sabar nak tunggu kesambungan cite tentang yaya...
ReplyDeletekitepun mcm anak akk..mudah lupa...hehehe...
entri panas ni...tak sabar tunggu sambungan
ReplyDeleteada sambungan lak ek. x sabar nak baca habis kisah yaya ni. ehehhe..
ReplyDeleteassalam sari..anak2 punya hal kan..bersambung pulak lagi tu..
ReplyDeletekesian jugak dengan yaya..