MASAK RIB EYE STEAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT


SIANG makan Asam Pedas Ikan Merah, malamnya tu Sk masak Rib Eye Steak yang beli dekat Lee's Fandbee. Macam ni la kami, kalau siang dah keluar, malam duduk rumah aje makan la apa yang ada. Masa pergi Lee's Fandbee tu memang sengaja beli steak lebih, senang nak masak lain kali cuma rajin tak rajin jer la, hihi. Kalau malas, kita pergi jer la makan tosei kat kedai mamak, huhu.



Rib eye adalah potongan daging lembu premium yang berasal dari kawasan tulang rusuk (rib cage) lembu, terkenal kerana kelembutan, kelazatan dan berjus disebabkan kandungan lemak intramuskular atau marbling yang tinggi, yang meleleh saat dimasak, menjadikannya favorite untuk hidangan steak.



Pada label diajar cara menyediakan rib eye steak yang betul. Agak berbeza la kaedahnya berbanding dengan memasak steak daging wagyu. Jika steak daging wagyu dimasak hanya seminit setiap bahagian, daging ni perlu dimasak selama dua hingga tiga minit dan perlu direhatkan di atas papan kayu selama 10 minit.



Sk cuma perap dengan garam dan lada hitam tumbuk kasar. Selepas memasak sebelah bahagian, barulah letak bawang putih dan daun tymes serta daun rosemary. Tapi Sk guna daun cincang dalam botol aje, hehehe.



Salad dan tomato je kemudian letak thousand island.



Kentang goreng.



Baki sos lada hitam masa masak Steak Daging Wagyu ada lagi, ngam la untuk Rib Eye Steak ni. Tapi tu la, sekeping lagi daging dia tu tanggal jadi tiga keping macam tu.



Papan kayu besar ni memang jarang guna dan tak pernah lagi digunakan untuk potong bahan mentah seperti daging atau ikan. Biasa Sk guna jika nak potong roti. 



Masak Steak Daging Wagyu tuari letak kacang panggang, yang ni letak kacang peas pulak. Kacang peas cap ayam ni memang pucat la warna dia tak hijau tapi sedap. Kacang tu Sk tumis dulu dengan butter bagi garing sikit baru sedap. Masak steak sendiri ni murah jer kosnya tapi nak mengemas dapur lepas masak tu, alahaiii... belum lagi bab cuci kuali bagai, tu yang lemah, hahaha.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!