MAKAN ASAM PEDAS IKAN MERAH, TIBA-TIBA ORANG BELANJA

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT


SABTU, 22 November 2025

Pagi tu, kami bersarapan mee goreng. Mee goreng tu Sk tapau dari kantin dan bawa balik rumah. Tujuannya bila-bila PI kata lapar malam-malam, bolehlah dipanaskan tapi yang peliknya, kalau ada makanan kat rumah, tak pulak datang lapar tu, hihihi. Jadinya, mee goreng tu Sk panaskan untuk sarapan. Tengahari tu, Sk tanya PI nak masak apa? PI kata, kita makan kat luar jer sebab PI ada urusan di bank dan nak pergi mall beli apatah masa tu dia cakap. Sekarang ni, Sk dah lupa masa tu PI cakap nak beli apa, heheh.



Selesai urusan di bank, kami pergi makan dulu sebelum ke mall. Hasil perbincangan, kami menuju ke Restoran Asam Pedas Gemuk di pusat bandar. Dah lama tak makan asam pedas kat sini. Zaman beranak kecik dulu pernah dua kali kot makan kat sini tapi lepas tu lama tak datang sebab macam susah nak ke sini, banyak kerja penambahbaikan jalan untuk masa hadapan. Sk tak sempat nak ambil gambar menu, tapi jika ke sini, memang semua worang nak makan asam pedas la. Dekat sini semua asam pedas ikan ya, tetel tak ada.



Kami pilih ikan merah bahagian ekor. Sk tak pasti ikan tu berapa besar tapi ikannya dipotong kecik-kecik macam ni. Dalam gambar ni bahagian hujung ekor ikan yang dikerat dua. Kalau kerat dua pun besar macam ni, maknanya besarlah ikannya. Ikan terasa segar dan manis. Ada bendi dan tomato dalam kuah asam pedas. Kuah asam pedas tak pekat, tak cair, sedang-sedang aje dan sedappp. Dia datang dalam periuk tanah yang tengah mendidih-didih. Awas, jangan gopoh nanti melocot bibir seminggu, hahaha.



Ikan senangin goreng ni memang terkenal di restoran ni. Boleh dikatakan hampir semua meja pelanggan ada ikan senangin goreng. Tapi hari tu, ikan senangin kami macam tak fresh sangat rasa dia. Sk macam selalulah, kurang makan ikan goreng jika dah ada ikan gulai. Ikan ni dia potong-potong tak putus macam tu supaya senang nak dibahagi-bahagikan jika datang ramai.



Kailan Ikan Masin. Ikan masin dia berisi bukan guna tulang ikan masin macam di sesetengah kedai tomyam, hehehe.



Bos cadangkan kami ambil Sotong Goreng Kering ni. Sotong isi tebal tu dia goreng bersama bawang besar dan direnjis kicap soya. Memang sedap dan disyorkan. Sotong tu walaupun tebal tapi lembut. Mungkin dia guna sotong katak yang besar-besar tu.



Tengah-tengah makan, owner restoran lambai dan tunjuk makanan kami telah dibayar oleh seorang kenalan PI yang kebetulan makan di meja sebelah kami. Syukur Alhamdulillah, rezeki PI la hari tu, selamat duit dia, hihi. Terima kasih kepada kawan PI tu, Sk lupa nama dia. Orangnya memang pemurah dan suka belanja kawan-kawan. Semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki beliau dan isterinyq dalam bentuk wang, kesihatan dan kesejahteraan serta dikurniakan zuriat yang soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.



Kekenyangan makan asam pedas, PI kata tak jadilah pergi mall, tak larat nak jalan, hihi. Terlanjur lalu Skudai (memang laluan balik pun), Sk ajak PI ke Ware Houz yang baru dibuka di sana.



Geram tengok macam-macam barangan rumah dan pakaian dijual dengan harga borong. Dia macam kedai Tik Tok, hahahaha. Sk beli kusyen bertali untuk letak dalam sangkar kucing.



Akhirnya, sebelum sampai rumah, singgah Taman Teratai pulak beli air kelapa. Minta dia kopekkan siap la, ikat masuk plastik. Sampai rumah masuk dalam jag, letak ais banyak-banyak... tuang dalam gelas, ahhhh.. segar rasanya.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rasa lapar pulak tengok hidangan SK ni. Moga murah rezeki orang yang belanja tu.

    Sampai sini terasa kesegaran air kelapa tu tau 😀

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!