MASAK NASI AYAM SUP CEKER

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


MASIH tertanya-tanya, macam mana Sk boleh kena vertigo yang teruk pada dua minggu lepas. Doktor pun tak cakap Sk keracunan makanan atau sebab apa. Sk kalau keracunan biasanya akan kena ceri-beri dan tidak pernah pun disertai dengan muntah apatah lagi vertigo. Lalu, Sk pun membuat carian tentang kaitan vertigo dengan keracunan makanan dan inilah dapatan Sk.


Soalan: Bolehkah keracunan makanan menyebabkan vertigo?


Jawapan: Ya, vertigo boleh berlaku akibat keracunan makanan, terutamanya jika ia melibatkan toksin bakteria seperti Clostridium botulinum (dalam makanan teroksidasi), yang menyebabkan gejala neurologi seperti pening kepala berputar (vertigo), pandangan kabur dan lemah badan, selain gejala cirit-birit biasa keracunan makanan. Makanan tinggi MSG, gula, garam, kafein atau alkohol juga boleh memicu atau memburukkan vertigo kerana menjejaskan keseimbangan cecair dan saraf, jadi mengelakkan makanan ini penting untuk pengidap vertigo. 


Disebabkan Sk bukanlah pengidap vertigo, Sk buat pulak carian berkenaan clostridium botulinum dan ini pulak dapatannya...

Clostridium botulinum terdapat dalam makanan yang diproses tidak betul, terutamanya makanan kalengan (sayuran rendah asid, buah-buahan, ikan) atau makanan yang diawet/ditapai secara buatan sendiri, serta madu (berbahaya untuk bayi di bawah 1 tahun) dan minyak infusi bawang putih kerana bakteria ini hidup subur dalam persekitaran tanpa oksigen dan menghasilkan toksin botulinum berbahaya. 



Alhamdulillah, selepas mendapat konsultan dari Dr Nadia di Klinik Yap & Partners Taman Pulai Mutiara, dah makan ubat muntah, ubat pening dan ubat untuk seimbangkan air dalam telinga, petang tu Sk dah boleh bangun masak kari daging. Esoknya pulak Sk masak Nasi Ayam sebab memang dah janji kan nak masak sup letak ceker banyak-banyak yang diberi kawan Angah, Kak Minah.


PI beli ayam baru dekat pasar tani, minta dipotong empat. Sk rebus dua bahagian iaitu dada/kepak dan peha. Air rebusan tu digunakan untuk masak nasi ayam. Kali ni rajin pulak Sk menumis bawang dan masukkan dalam nasi. Selalu Sk lebur aje terus beras dan air rebusan ayam dalam rice cooker.



Ayam ni rebus dalam 20 minit lepas tu perap dengan kicap soya, madu dan minyak bijan. Ni Sk rebus atas api sebab dalam periuk tekanan Sk dah guna untuk rebus kaki ayam. Selain kaki ada leher dan tulang selangka. Sk rebus tu awal pagi sebab kaki tu simpan dalam chiller aje daripada hari ambik hari Jumaat.



Gambar yang atas tu bahagian dada dan kepak, yang ni pulak bahagian peha.




Kicap ayam, daun sup dan daun bawang.




Sup ceker. Tak letak apa sangat pun, tambah pokok daun bawang, daun sup dengan garam aje.




Sos nasi ayam kena buat banyak. Ni letak 9 tangkai lada merah, seinci halia dan 4 ulas bawang putih, kisar halus, kemudian panaskan atas api. Untuk rasa masam Sk letak jus limau nipis dan cuka. Kemudian letak garam setengah sudu dan gula dua setengah sudu.



Dua hari berturut makan nasi ayam, biasalah Sk kalau masak tu tak pandai nak masak sikit, sekali masak boleh makan dua kali, hihi. Lagipun lepas Sk sakit tu, PI kata, dah tak boleh makan kat kedai, makan kat rumah, masak simple pun tak apa. Iyolah tuuuuu, huhuhu.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya nasi ayam akak. Rasa nak buat pulak weekend ni.

    ReplyDelete
  2. so macam mana keadaan hari ni?
    dah okey ke tu?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!