MAIN PETANQUE

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SETENGAH harian hari ini Sk berada di luar pejabat. Pagi tadi, seperti yang dirancang oleh Kelab Rekreasi & Sukan, kami ada latihan untuk persaingan pertandingan petanque. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan Sk berada dalam kumpulan merah. Tahu tak, Sk sejak sekolah dulu suka sangat nak masuk kumpulan merah tapi tak pernah tersenarai. Kumpulan merah selalu nampak hebat di mata Sk tapi Sk dulu rumah kuning masa sekolah kebangsaan dan rumah hijau masa sekolah menengah. Tak samgka, sebelum menutup mata, dapat jugak jadi ahli rumah merah, hahaha.



Sebelum ke gelanggang petanque yang terletak di Taman Tampoi Utama, sarapan dulu di pejabat. Sk beli mihun goreng dan yang dalam tupperware pink tu tomyam dari rumah yang tak habis makan, hehehe. Syukur, dah wassalam dah tomyam, dia kalau tak buat macam ni memang tak makan la tomyamnya.



Team wanita rumah merah yang dapat datang pagi tadi. Ramai yang ada kelas dan komitmen lain.


Dengar penerangan tentang permainan dulu. Sk dulu pernah main sekali aje kot, lepas tu tak main dah.




TUTORIAL LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM PERMAINAN PETANQUE





Permainan ini menggunakan bola yang dibuat daripada campuran logam yang disebut ‘boule’ dan sebiji bola kecil yang disebut sebagai ‘jack’ yang di perbuat daripada kayu. Boules berukuran 7.05 hingga 8.00 cm dan berat antara 650 hingga 800 gram.


Berat boule ditunjukkan 680 grams


TARGET PERMAINAN
Melontar bola paling hampir dengan jack berbanding pasukan lawan.

KOMPOSISI PASUKAN.
Permainan petanque boleh dimainkan dengan 3 cara:

1. Tiga  pemain melawan tiga pemain (triples), setiap pemain menggunakan dua boules.

2. Dua pemain melawan dua pemain (doubles), setiap pemain menggunakan tiga boules.

3. Seorang pemain melawan seorang pemain (single), setiap pemain menggunakan tiga boules.

PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN.

Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack dahulu.

Sebagai contoh pemain pasukan biru menang lambungan syiling dan mereka akan memulakan permainan.

MEMULAKAN PERMAINAN

Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran (35 – 50 cm ‘dimeter’) di dalam gelanggang. Pemain akan melontar jack dengan jarak 6 – 10 meter daripada bulatan itu. Semasa melontar jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga boules pemain menyentuh gelanggang.

LONTARAN BOLA PERTAMA
Pasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa dekat yang boleh.



Pemain pertama daripada pasukan merah pula masuk kedalam bulatan untuk membuat lontaran boules ke arah jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan.

POINTING

Pemain melontar bola secara pointing   (sama ada rolls, half lob, high lob dan lob penuh) mengikut skill untuk mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihak lawan.

SHOOTING
Kaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada dekat jack supaya beredar jauh dari jack.

JIKA BERJAYA
Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan, pasukan biru pula akan membuat lontaran.

JIKA TIDAK BERJAYA
Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga kedudukan berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis bola untuk dimainkan, pasukan lawan pula mengambil tempat untuk mengutip seberapa bayak mata sehingga habis “end”.

PENENTUAN MATA

Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan. (Paling kurang 1 mata dan maksimum 6 mata).


Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar bulatan bagi memulakan permainan seterusnya. (Gelanggang biasanya dah siap gelung untuk kedudukan pemain semasa melontar).

AKHIR PERMAINAN (PEMENANG)
Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira pemenang. (Sumber)



Tak sahlah pulak kalau tak ada makan-makan, kan. Member siap buat live station buat sandwich pulak kat situ, hihi.



Seronoklah jugak dari hari-hari duduk mengadap PC, kan.



Penat jugaklah nak habiskan sampai nak dapat 13 mata tu. Ketibas.. keticam.. dan rasa bau matahari, hahaha. Jadi, Sk balik rumah mandi-manda dulu la, belengas rasa.



Sebelum balik, singgah tapau nasi kerabu di Warung Kak Yah Nasi Kerabu Kampung Pasir.



Tapi tu la, lauk daging bakar dah habis, Sk ambil lauk Ikan Caru Berlado. Lepas mandi baru makan.



Nampak pulut dengan kelapa ni terliur jugak. Ada ikan tu Sk tak pasti ikan apa, rasanya tu ikan rebus goreng sebab tak ada masin-masin macam rasa ikan masin. Yang ni makan sebelum mandi, hihihi. Tak sabar nak tunggu competition petanque yang betul-betul. Rasa macam dah pandai baling tu kononnya, hahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau tak sabar tunggu hari tu maksudnya memang betul-betul bersedia. Harus menang ni SK 😀

    Tahniah ya, merasa juga jadi ahli rumah merah 😆

    Saya tak pernah main Petanque. Nak sebut pun tak reti 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!