MENGINAP 2H1M DI THE LISBON MELAKA HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
19

 Assalamualaikum WBT 


TERLEBIH dahulu, Sk ingin merakamkan ucapan takziah kepada Blogger Azian Khalil (Mama Yan) dan Blogger Aphizha (Fiza) di atas pemergian ke negeri abadi insan yang mereka sayangi. Mama Yan kehilangan abah beliau manakala Fiza kehilangan emak. Sedia maklum emak Fiza berdepan dengan masalah kesihatan sejak akhir-akhir ini namun abah Mama Yan pergi secara mengejut. Semoga kedua-dua insan ini mendapat tempat tinggal yang lebih baik di sana, diampunkan segala dosa serta dicucuri rahmat ke atas roh mereka oleh Allah SWT.

Amin.. Aminn.. Ya Robbal Alaminnn.



Cerita Sabtu lepas, setelah berminggu-minggu berzikir nak balik kampung angkat, Sk dan PI ke Melaka dan menginap di The Lisbon Melaka yang baharu sebulan dibuka. Terjumpa hotel ini atas carian di Tik Tok dan Sk demand nak menginap di hotel ini yang terletak dalam perkampungan Portugis di Ujung Pasir.



Sebaik sampai, kami disambut dengan cold towel dan segelas minuman berasaskan serai.



Segar sungguh menikmati segelas minuman serai yang sejuk berais setelah menempuh perjalanan yang panjang sebab kami mengikut jalan kampung. Dari rumah, kami menuju ke Pontian dan singgah bersarapan di Warung Jay Dee Tee yang pernah Sk ceritakan DI SINI.



Kalau ke sini, apa lagi, tentulah Lontong menjadi pilihan Sk. Lontong lengkap dengan sambal tumis, sambal kacang dan serunding. Memang betul-betul sedap.



PI dan nasi lemak berpisah tiada. 



Cantik sarung kad access ni dengan tema mozek biru bercorak.



Kad corak kayu tapi bukan. Bangunan hotel cuma dua tingkat sahaja, bilik kami nombor 239. Harga penginapan kami RM350 (harga promosi) termasuk sarapan untuk dua orang. Ada pilihan pakej penginapan 24 jam ya, yang tu RM450. Boleh check in bila-bila masa dan check out dalam tempoh 24 jam. Untuk penginapan kami, waktu check in pukul 3 petang dan check out 12 tengahari.



Bilik kami betul-betul terletak di tengah-tengah bangunan dan PI pilih bilik seaview. Masa kami sampai, air tengah surut. Ni nampak bumbung balkoni bilik aras bawah.



Latar putih dengan corak mozek biru ni menjadikan suasana tu begitu romantik.



Cantik, tapi bilik ni tak sesuai ramai-ramai kot. Nak tambah extra bed pun macam tak sesuai. Ngam-ngam jer sebuah side table di kiri dan kanan katil.



Kedudukan kiblat condong sedikit sahaja, tak muat untuk berjemaah. Bilik tak besar. Kalau nak yang besar kena ambil bilik family kot yang terletak di ground floor. 


Meja solek dan meja pejabat sekaligus. Semua bilik dipasang pendingin hawa single macam ni tapi, boleh tahan jugak sejuknya tu. Hotel baru, kan.



Bilik dilengkapi almari tiga pintu jenis ayun.



Dalam almari ada bathrobe.



Tak tahulah bathrobe ni ditukar ke setiap kali tetamu check out ek?


Peti simpanan selamat, sejadah, seterika dan pengering rambut diletakkan dalam almari.



Kelengkapan mengopi dan mengeteh. Teh diberi tiga jenis, original, green tea dan orange tea. Kopi pun ada dua jenis. Siap ada jajan lagi.



Ada keropok, ada coklat, ada biskut dan gula-gula mentos pun ada dalam bakul ni.



Dalam peti sejuk ada minuman kotak laici, teh bunga dan kundur. Yang suka minum air kundur kita geng!



Sistem saliran sinki elok belum tersumbat lagi, hihi.



Selfie la depan cermin ni.



Sabun tangan, sabun mandi dan shampoo disediakan dalam botol besar. Berus gigi dan sikat juga disediakan di samping kelengkapan mandian lain.



Tuala badan, tuala rambut dan tuala muka tebal dan tentulah baru.



Ruang pancuran mandi dan tandas dipisah dengan sekeping cermin yang tidak begitu lebar jadi air mandian boleh masuk ke ruang tandas dan sinki. Tapi sebab tekanan air tidak begitu kuat, dia percik manja aje la.



Keliling hotel diletakkan beberapa replika meriam.



Sk ada tengok bangunan hotel sebelum ni tiada kolam renang. Kiranya kolam renang ni baru dibina. Kolam renang ni dia buka sampai 12 malam tau.



Masa balik dari makan malam, Sk tanyalah staf hotel, betul ke kolam buka sampai 12 malam. Staf tu cakap, sampai 2 pagi pun boleh jer kalau nak berenang, hihi. 



Malam tu selubung jer la dalam gebor, sejuk betul aircond tak padan dengan kecik.



Layan laut dan langit biru dari dalam bilik aje.



Matahari kat sebelah sana.



Boleh pilih meja di dalam restoran atau duduk di meja luar. Kami pilih dalam sebab dekat luar ada gagak dan agak panas jugak. Kita duduk tepi tingkap la, tengok budak-budak berenang.



Nasi lemak (lagi) untuk PI la tentunya. Nasi lemaknya tak mengecewakan, PI makan habis. Ada ayam goreng berempah tapi PI tak minat.



PI ambil jus.



Pinggan Sk macam selalulah, American Breakfast tapi tak ada sosej. Dia ada chicken slice sahaja.



Baru semalamnya Angah cerita dia masak nasi goreng kerabu, tiber ada kat buffet breakfast hotel Sk pergi ni. Pertama kali kot Sk jumpa nasi goreng kerabu.



Nasi gorengnya berasa betul, ada ulam-ulam dalam nasi goreng, bukan cincai ya, sedapppp. Sk ambil ayam goreng berempah, pun sedap.



Makan croissant. Jem tu homemade.



Panas berangin cuaca pagi tu. Kitorang bawa jugak baju mandi konon nak berendam malam-malam tapi malas sebab dah kekenyangan. Yang tu nanti Sk cerita dekat mana kami makan. Nanti lain kali jika ada rezeki nak menginap di sini lagi, Sk nak pilih bilik bawah yang mengadap kolam pulak, hihi.



Tak pernah lagi dapat parking VIP betul-betul dalam lobi jadi kita snap pic satu minta staf yang bernama Fakhrul tolong ambilkan. Sk bagi 5 bintang untuk Fakhrul.



Rasanya inilah percutian dan kali terakhir menginap di Melaka untuk tahun 2025 ni. Semoga berjumpa lagi, bak kata pepatah, Tempat Jatuh Lagi Dikenang apalagi Kampung Angkat, hehehehe.

Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. cantiknya sungguh view,, selak langsir nampak laut, saya suka mcam ni..hotel pun selesa. saya suka pi melaka ketat-ketat.. maklumlah peminat sejarah, makanan pun sedap-sedap

    ReplyDelete
  2. dah lama tak ke arah ujong pasir tu... tak tahu pula ada buka hotel baru...
    takziah kepada mama Yan dan sis Fiza.. linda belum BW lagi ni

    ReplyDelete
  3. cantik lah hotelnya. Takziah buat kedua blogger

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat MY dan Fiza. PH baru tahu ni pasal ibu Fiza. Semoga keduanya tabah dan redha dgn ujian yg diberi.

    Best la menginap di hotel baru, serba serbi baru dan pastinya berfungsi dgn baik.

    Bagus hotel ni boleh check in 24hrs th. Bayar lebih sikit takpe, berbaloi.

    ReplyDelete
  5. Welcome to Portugal, Melaka.. Hehe. Ada masuk muzium tak?

    ReplyDelete
  6. Takziah buat kedua2 rakan blogger kita. Cantik pulak mozek belakang katil tu. Nampak menarik.

    ReplyDelete
  7. takziah utk kedua blogger mama yan & fiza yg kehilangan org tersayang....cantik bilik tu...pool pn besar juga

    ReplyDelete
  8. cantiknya view kat hotel tu. makanan pun lazat. berbaloi dgn yg dibayar.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, SK, kongsikan tentang berita kehilangan blogger mama Yan dan Fizah. Innalillahiwainnailaihirojiun...
    Cantik hotelnya, SK. Lagi-lagi pemandangan laut dari bilik. Memang boleh release tension ni, cuti di hotel begini. Makanan pun nampak sedap.

    ReplyDelete
  10. Inna lillah wa inna ilayhi roji’un. Moga Allah kurniakan ketabahan buat Yan dan Fiza.

    Untung ni SK, merasa duduk hotel serba baru. Menarik juga ya ada pilihan penginapan 24 jam, tapi harganya pun lebih 😄

    ReplyDelete
  11. Uncle pun peminat lontong!
    Amboih! Berseluar katok dan pakai flip flop! Bernar2 vibe cuti ni!

    ReplyDelete
  12. Moga rohnya arwah ibu kepada Mama Yan dan ayah kepada Fiza dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman

    ReplyDelete
  13. Moga roh arwah dirahmati Allah.
    Syoknya bercuti. Cuya pon peminat kundur, SEP!
    Makanan tu semua nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  14. takziah buat Mama Yan dan Fiza..semoga roh kedua2nya ditempatkan di kalangan mereka yg beriman...

    Menarik lokasi hotel ni, di perkampungan Portugis, di tepi laut...wahh, best tu, tak pernah try lg nasi goreng kerabu..

    ReplyDelete
  15. Salam takziah buat Mama Yan dan Fiza...wah...dah agak mesti cuti cuti Melaka kampung angkat..eh best la hotel ni...bila la SA nak bercuti berdua ngan suami ni...

    ReplyDelete
  16. Allahu Akbar!
    Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Takziah buat kedua-dua rakan blogger kita atas pemergian insan tersayang. Akhir-akhir saya jarang BW sebab masalah mata. Itu yang banyak tertinggal cerita kawan-kawan. Tq SK kongsi berita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok ada Lisbon, mesti ada kaitan dengan Portugal ni.

      Delete
  17. Takziah buat MY dan Fiza.

    Sampai juga SK ke Portugal jadian

    ReplyDelete
  18. Terima kasih kak maklumkan berita ni. Salam takziah juga buat kakYan sekeluarga.
    Aamiin..Terima kasih kak dan semua yang memberikan ucapan dan doa di sini. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

    Rajin betul Pak Inche' balik ke kampung angkat dia ye. Aduh, teringin pula makan lontong. Lama tak melontong. Balik kampung tak sempat nak mencari banyak urusannya. Kalau dah peminat lontong kata sedap, memang sedaplah tu maknanya kan. Eh eh, Pak Inche' samalah dengan husband saya, nasi lemak berpisah tiada. Macam dah tak ada menu lain kan. hihi...
    Cantiknya kad access dia motif morrocan style. Cantik hotel baru. Kalau tengok rate harga boleh tahan juga tu. View cantik. Tengok bangunan dari swimming pool teringat pulak suasana tunamaya resort tu.
    Ada juga kenangan bergambar kat parkir vip tu. bagusnya staff rajin melayan tetamu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!