MASAK NASI GORENG SHABU-SHABU & MAKAN DI HOCK KEE KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


TENGOK dekat thread, sana-sini jammed ya sejak petang semalam. SK pulak semalam cuti, jadi rasa macam lega sikit la tak tersangkut dalam kesesakan masa balik kerja disebabkan hujan lebat dan dengarnya banyak tempat yang naik air. Cuti panjang sempena perayaan Deepavali ni pulak, ramai yang ambil kesempatan jalan-jalan dan balik kampung. Mujurlah PI ni esok kerja, kalau tak langkah panjang jugak tu, hihi.



Kisah malam tadi, Sk dah masak nasi seperiuk, plannya nak panaskan aje baki Asam Pedas Ayam. Tengah nak keluarkan lauk dari esbox, PI tanya, belum panaskan lagi ke? SK jawab, aaa... SK ni memang selalu lambat-lambat jer panaskan lauk sebab nak makan panas-panas. PI kata, kalau macam tu tak yah panaskan, jom pergi makan kat Hua Mui. Nasi esok buat nasi goreng. SK terus simpan balik lauk, hehehe. Tapi, sampai Hua Mui dah tutup kitchen, jadi kami ke Hock Kee yang sebaris dengan Hua Mui di Eco Botanic.



Iman makan Kuey Teow Goreng. Ada dua ekor udang besar gedabak dalam kuey teow. Sebelahnya tu sambal kacang. Macam pelik pulak kuey teow goreng makan dengan sambal kacang. Iman cakap, sambal kacang tu dia masak sekali jugak dan rasa kuey toew tu manis. Tak habis la Iman makan makan sebab manis. 



PI nak fries. Fries dia gemuk-gemuk, garing di luar dan empuk isi kentang tu, sedap la kentangnya.



Mi Udang untuk PI. SK tak jamah pulak mi udang PI ni tapi gaya PI makan tu, sedaplah tu nampaknya dan tidak mengecewakan.



Kalau ada Iman dan PI, roti bakar kena pesan dua set.



Sk mula bila PI kata nak ke Hua Mui tu, dah plan nak makan Mi Goreng, jadi bila dah duduk di Hock Kee tu, Sk terus nak pesan Mi Goreng. Lepas tu teringat, Laksa Johor Hock Kee, sedap. Tapi.. terkejut bila ia dihidang ke meja. Rupanya lain beno. Dahlah diletak bawang holland yang dihiris kasar macam tu, daun kesom, daun selasih dan lobak cincang pun tak ada. Ada pulak telur rebus, ni dah jadi LJ derhaka, hurmmm.

Beza betullah dengan makan Laksa Johor Hock Kee sebelum ni boleh baca 




Nasi seperiuk yang masak malam tadi, dah selamat jadi Nasi Goreng pagi ni. Sk ingat nak masukkan rencah ayam tapi nampak daging shabu-shabu pulak, terus la jadi Nasi Goreng Shabu-Shabu. Tak nampak dagingnya sebab nipis-nipis, kan. Lama sangat dah dorang ni dok simpan daging tu, baik kita selesaikan terus.



Buat telur separuh masak jugaklah. Bancuh teh o markisa seteko, roti pun ada tapi makan nasi goreng aje pun dah cukup PI tu. Dia bukan jenis makan banyak pagi-pagi. Kalau perut Sk ni iyer, kena makan buffet style, baru kenyang, hahaha.


Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!