MAKAN DI RESTORAN YX

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


DAH beberapa hari ni, asal masuk tengahari jer hujan sampai ke petang. Pagi-pagi macam ni masih panas. Langit nampak biru dengan awan putih kepok sikit. Sikit-sikit langit mula kelam dan awan jadi kelabu. Tapi, ianya lebih baik berbanding beberapa minggu sebelum ni semasa jerebu melanda. Semoga hujan yang turun memberi manafaat kepada manusia, haiwan dan tumbuhan, Amiiinnn YRA.



Kejadian 30 Oktober lepas, PI ajak makan di Restoran YX. Padahal dua hari sebelum tu dah makan di Seafood Restaurant jugak, iaitu Restoran Yeo Sekeluarga yang Sk cerita sebelum ini. Dah beberapa hari PI berzikir nak ke sini, tapi Sk malas sebab jauh nak ke sini dengan jammed orang balik kerja lagi. Kalau weekend tenang sikit.



Tapi, walaupun perjalanan agak struggle, sampai di restoran suasananya begitu tenang. Restoran pun tak penuh, agaknya hari bekerja, ramai memilih makan di rumah. Mungkin jugak warga Temasik tak ramai yang datang shopping ke Tanah Juahar sebab hari bekerja. Dapatlah kami duduk di meja atas pelantar melihat pemandangan negara seberang Tambak.



Tiger Prawn RM3/s ni memang wajib dipesan setiap kali ke Restoran YX. Dekat sini jer la dapat harga ni. Pesanan minima 5 ekor. Udang ni dimasak goreng kilas bersama soy sauce, bawang putih dan bawang hijau. 



Baby Kailan goreng Sos Tiram. Hari tu sayur baby kailan dia rasa macam sayur rebus air. 



Masa dekat Restoran Yeo hari tu, tak dapat Sotong Telur Masin jadi kali ni, Sk cakap, nak jugak Sotong Telur Masin. Sedap, puas hati. Sotong digoreng tepung dan dimasak telur masin. Memang tak pernah mengecewakan Sotong Telur Masin Restoran YX ni.



Selalu pesan Hot Plate Bean Curd, kali ni Iman minta Bean Curd Skin. Sedap jugak la.



Thai Style Crispy Chicken ni PI yang nak. Masakan ni macam Salad Mango letak atas ayam goreng rangup tapi tak ada mango la. Yang banyaknya timun yang disagta halus memanjang. Rasa masam manis tu buat sedap, ayam pun rangup.



Yang wajib pesan, Ayam Lemon. Sama cara masak dengan ayam crispy Thai tu jugak cuma ni dicurah sos lemon. Sk lagi suka Ayam Lemon ni lagi.



Siakap Stim Hong Kong Style ni favourite PI la. Ni kena makan dengan cili padi potong baru sedap.



Dari dalam perjalanan dah ingatkan, jangan pesan lauk banyak-banyak, ehhhh.. tetap jugak 7 lauk penuh meja dipesannya. Nasib portion semua kecik, jadi semua tapau masuk perut, tak ada masuk plastik, heheheh.

Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. masuk sini je confirm lapar perut..berbunyi2 ha...sorry lama x singgah sebab tetiba je bz giler kalah menteri...ni curi2 masa skit boss meeting

    ReplyDelete
  2. Meriah lauk pauk nya... Alhamdulillah.. Habis

    ReplyDelete
  3. Seronok makan kalau tak ramai orang, santai je

    ReplyDelete
  4. Kalau porsi kecil tak apa.. at least bisa habis semua. Memang drooling lihat ini kak 😍😍😍😍. Ok saya catat dulu, harap2 bisa mampir makan sini Desember esok 😄.

    Cumi telur asin memang jarang tak sedap. Sayapun sukaaa sangat..kalau seafood dah pakai saus telur asin, confirm menjilat jari laah 😄

    ReplyDelete
  5. Sedap belaka nmpk menu nya.. Pendek nama restoran

    ReplyDelete
  6. Agaknya owner malas nak fikir nama panjang2, letak je la nama restoran YX 🤭 Fuhhh terliur tengok sotong telur masin tu 🤤

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!