Assalamualaikum WBT
BERPASIR rasa mata pagi ni gara-gara tak cukup tidur. Apa ketidaknya, Sk dah letak kepala atas bantal dalam pukul 10.30 malam. Dah bermimpi la rasanya tapi dalam pukul berapa tah, dengar berdentum-dentum bunyi bunga api/mercun. Nasib la bunyi tu jauh sikit tapi baru aje nak tidur semula, dengar macam riuh-rendah kat luar. Lepas tu rasa macam PI berdiri depan muka mengadap tingkap. Sk tepuk punggung PI, tanya ada apa? PI buat aksi desyum-desyum macam filem Tamil. Lahhhh.. jiran sebelah bergaduh dengan siapa tak tahu dekat luar pagar. Dua lawan satu, PI kata, dorang ni bagus duduk kat estet aje! SK cakap, gaya macam tu baik duduk kat hutan, geram betul. Sudahnya memang tak boleh nak tidur dah. Dari mata pejam tapi fikiran menerawang entah ke mana, Sk bangun tuju ke dapur. Rasa lapar la pulak tapi Dr Rizal yang viral tu kan cakap, kalau malam-malam lapar, makan buah. Nasib ada buah epal dan pisang kaki dalam esbox, heheheh. Lepas tu, jerang air dan bancuh teh camomile, hidu aroma camomile baru rasa mengantuk. SK cepat-cepat habiskan dan terus 💤.

Baiklah, kita cerita pasal masak pulak. Ni masak Sambal Udang pada hari Isnin yang merupakan public holiday bagi menggantikan cuti Hari Deepavali yang jatuh pada hari Ahad. PI minta masakkan sambal udang, tapi udang tu nak bogelkan, tak nak ada kulit. PI volunteer untuk kopekkan kulit udang. Petai seplastik kecik, PI suruh masukkan semua. Petai tu Sk belah dua takut ada ulat, hehehe.
Sekilo ada kot udang ni. Bila dah togel tak berkulit, tinggal 700 gram kot, hehehe.
Letak petai semua. Mula ingat nak jugak simpan separuh petai sebab berangan nak masak Sambal Tumis Ikan Bilis Petai, tapi, ahhh.. beli aje la petai lain nanti. Selalu petang-petang nampak ada orang berjualan petai depan sekolah. Belum kopek la tapi. SK ni tak rajin sangat nak kopek petai benarnya, hahaha.
Goreng telur dadar dua biji, tu pun tolak menolak siapa nak habiskan telur dadar.
Sayur baby kailan goreng sos tiram. Habis dah stok sayur kat rumah. PI la yang rajin stock up, harapkan Sk, lambertttt lagi. Paling malas nak singgah sana-sini bila balik kerja.
Awal jugak makannya sebab dah plan dengan Iman, malam tu nak pergi makan sushi. Iman risau, PI tak setuju. Alaa.. kita heret aje!
Berkerut kening tengok menu. Dah dah dah, biar kita yang pilihkan untuk PI la, senang.
Ada yang RM1.80 dan ada yang RM2.80. Disebabkan dah malam, tak banyak sushi lalu-lalang atas belt tu. Jadinya, kami pilih menu jer la. Ada la ambil dua tiga ketul yang lalu atas belt.
Menu main course ni tak ambil pulak, sebab dari pengalaman sebelum ni, kalau dah ambil main course nanti tak larat nak makan sushi.
Pilihkan Chuka Idako sebab PI suka octopus. Selalu kalau lalu depan Empire Sushi nanti dia tanya, ada sotong tak?
Pesan dari meja jer ni.
Ingat PI suka la, tak eh, dia makan octopus dia tu jer. Inari Octopus ni dia tak nak. Buat muka pulak tu, hahahaha.
Favourite Sk. Mereka tak makan salmon. Sedap betul!
13 piring ek semua. Tapi lupa nak ambil gambar cuttlefish.
Murah pulak makan bertiga RM70 aje. Kadang berdua ngan Iman pun dah RM75. Agaknya sebab mochi tak ada dan kami tak ambil main course. Padahal masa baru masuk tu ada jer mochi tapi ingat nak ambik last-last. Dah malam, tu la tu dorang tak buat yang baru.
PI kata, tekak dia kembang. Balik tu ajak singgah Restoran Thoufeeq, nak cuci tekak dengan tosei, hahahaha.
PI jer la makan, kami minum jer. Kesian, kena buli makan sushi, hihihi.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih