Assalamualaikum WBT
LEPAS Majlis Kesyukuran Perkahwinan anak menakan PI di Kuala Nerus, Terengganu, lama kami tak menghadiri jemputan walimah. Bukan tak ada jemputan tapi jauhhhh di Selangor dan Kuala Lumpur. Eh, padahal sebelum ni jauh-jauh pun boleh pergi, kan. Cuma, kali ni pulak, tarikh yang sama kami ada urusan di JB, tu yang tak dapat pergi jemputannya.
Alhamdulillah, Ahad lepas kami dapat memenuhi jemputan walimatulurus sahabat PI yang diadakan di The Gem Event Space Emerald Bay, Iskandar Puteri. Ni pertama kali kami ke ke sini, jarak perjalanan tak sampai setengah jam, dah sampai. Balik pun cepat sampai, tak ada jammed ke apa. Selalu pergi kenduri walaupun dalam JB, jenuh hadap jammed, hehehe.
SK lupa la nama bapak dan mak pengantin, nama pengantin pun lupa. Lupa jugak nak ambil gambar bunting dan hiasan cermin di pintu masuk. Ingatkan nak balik baru ambil gambar, tapi tak cukup tangan sebab pegang goodies dan aiskrim. Tu la orang kata, awal tak kalut. Lain kali masuk-masuk hall jer jangan tangguh-tangguh ambil gambar.
Jamuannya
Nasi Beriani
Ayam Masak Merah
Daging Beriani
Dalca
Acar Buah
Papadom
Kuih Talam
Karipap
Bubur Pulut Hitam
Kordial Sirap
Kordial Oren
Teh O Panas
Burppp.. Alhamdulillah.
Lama tak makan nasi kenduri kan, nikmat betul menyuap. Jarang-jarang jumpa kenduri ada acar buah. Sedap masakannya.
Sk kurang gemar Bubur Pulut Hitam, tapi bila ada, kita ambilkanlah untuk PI. PI ni kalau pergi pengantin, dia tak reti bangun duduk ambil makanan. Nasi dengan air tu jer la dia reti nak ambik sendiri.
Bergambar tiga beranak aje la dekat depan pintu masuk hall ni sebelum balik. Bukti hadir orang kata. Segan pulak nak ajak mak ayah pengantin bergambar sebab tak kenal sangat, hehehe. PI dia memang mana kisah pasal bergambar, heheh. Terima kasih jempuitttt kami.








Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih