MAKAN & JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


SEKEJAP aje dah habis cuti panjang hujung minggu sempena perayaan Deepavali. Pagi tadi sarapan kami dah macam Hari Raya Puasa, ada ketupat palas, loi, burasak, rendang daging, asam pedas ayam dan serabai cicah kuah durian. Mana datang semua tu? Meh Sk cerita..



Sabtu, kami tiga beranak ke Angsana Mall. Jarang-jarang ni kami ke sini. Tujuannya nak melawat pameran Karnival Pelancongan Negeri Perak. Paling utama, PI nak beli Rendang Tok Yoep. SK pulak nak cari Serabai.



Kami letak kereta di aras 4, turun jer eskeletor terus jumpa pengunjung beratur nak beli serabai. SK dan Iman sambung berbaris dan berpecah dengan PI. PI terus ke booth Rendang Tok Yoep. Selain rendang, mereka jual ketupat palas dan lemang. Ketupat palas RM10/ 4 biji. Harga lemang tak pasti. SK lupa nak ambil gambar booth Rendang Tok Yoep.



Tak tahu sejak bila Sk kenal kuih serabai ni. Masa kecik-kecik dulu tak pernah makan pun. Rasanya lepas ada fb, baru tahu tentang kuih serabai. Serabai ni kalau dalam keluarga kami maksudnya selekeh, hehehehe.



Selain kuih siap, mereka jual juga tepung untuk membuat serabai serta acuannya. Iman asyik la menghasut Sk agar beli set serabai bersama sia (mangkuk tingkat). Tu RM32 eh, dapat 6 biji serabai dan tiga jenis kuah pencicah. Aaa.. mahal! Mangkuk tingkat kat rumah pun dah bertingkek-tingkek.



Dah sampai depan baru tahu boleh beli dua set sahaja seorang. 


Dari Angsana Mall, kami ke Pesta Kunjung pulak di Rimbunan Forest City. Rajin PI melayankan Iman nak ke sini.



Iman kata, nak beli baju. Hurmmm.. beli la baju penuh almari pun, kalau berjalan tetaplah pakai baju belang-belang, hahaha.



Ni jalan menuju Food Fest Pesta Kunjung. Malas nak keluarkan kamera ambil gambar booth makanan dan kami tak beli apa-apa makanan. Terbeli jugaklah blouse cantik dua pasang, hahaha.


Balik, PI makan Ketupat Palas dan Rendang Daging. Rendang sebekas saiz taufufa tu, RM25.



Serabai pilih dua kuah, satu kuah durian, satu lagi gula nisan. Kuah durian sedap, gula nisan tak sedap, hehehe. Ambil dua-dua kuah durian pun tak apa. Tu la tu, pagi tadi kukus aje semua belen makanan termasuk burasak dan loi yang Cik Ani bagi minggu lepas. Alhamdulillah, semua dah wassalam, tiada pembaziran.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!