MEE UDANG WANGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
13
ASSALAMUALAIKUM...


KEINGINAN mencari mee udang yang terbaik di daerah ini semakin menjadi-jadi. Sebenarnya, lamaaaa.. sebelum bertemu dengan Mee Udang Galah.. Pondok-pondok Cafe, Seri Kandi dah teringin sangat untuk mencari sebuah restoran yang khabarnya menjual mee udang yang terbaik di Bandaraya Johor Bahru ini. Bunting yang tergantung di tiang lampu sepanjang Jalan Pontian menuju ke Skudai bagaikan memanggil-manggil kami untuk singgah ke restoran tersebut tapi asyik tak kesampaian sehinggalah keesokan hari selepas makan di Pondok-pondok Cafe. Kiranya peristiwa ini berlaku minggu lepaslah ya, Seri Kandi tak mahulah ada yang jemu kalau Seri Kandi tayang mee udang dua hari berturut-turut, hihihi.


Layanan yang ekspres kami terima, sebaik duduk terus ada pelayan mengambil pesanan.Tak sampai sepuluh minit, air tiba dan diikuti dengan mee udang. Suapan pertama, ada rasa pelik di situ. Ya... ada rasa pelik sebab mee udang ni wangi. Bukan harum bau makanan ya, bau wangi. Pelik tu makanan ada bau wangi. Sayang betul sebab Seri Kandi rasa kuah mee udang itu dah cukup sedap tapi rasa wangi itu menimbulkan rasa pelik. Seri Kandi syak, tukang masak menggunakan keledek jenis wangi untuk memekatkan kuahnya. Tapi, sebab dah belikan, Seri Kandi tetap makan sampai habis. Membazir tu amalan syaitan, kan. Sekurang-kurangnya lebih baik dari bau busuk, betul tak??


Apapun, memang nak dapat menandingi keenakan Mee Udang Banjir Kuala Sepetang... urmmm.. bila dapat pergi lagi ekkk??

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau wangi perfume lagi teruk Seri. Nasib baik wangi keledek. Yg mee udang Pondok-Pondok Cafe tu pun kakak belum pergi dah cakap abang tunggu anak-anak rumah balik dulu...

    ReplyDelete
  2. Tak dapat bayangkan makanan yg bau wangi...
    Saya pun pernah makan mee udang kuala sepetang, sampai senak nak menghabiskan udangnya.

    ReplyDelete
  3. Kadang saya pun minum air yang bau wangi sabun. Aduhai...cawan tu dia bilas tak bersih. Serdak sabun pun ada dalam cawan. So, wangi mee udang nie, tak ada sabun seketul dalam tu kan, kak?

    ReplyDelete
  4. tgk udang2 ni pun dah terliur ni kak!

    ReplyDelete
  5. besarnyer udang!! tun xleh nk makan kalau makanan bau wangi2 nih. hihi.. teringat kat dessert org arab, ape nama lupa dh.. alaa.. yg manis gler pastu ada bau air wangi ros tu..

    ReplyDelete
  6. besarrrrrnya udang....
    yumm yumm

    ReplyDelete
  7. Uikkk bau wangi..erm pelik lak bila bau wangi kan,wangi sabun ke kak..Tapi tang udang besar n kuah pekat tuh nmpk sdp kak..
    Tun telani..Baklava eks..Ermmm kak ct dri peknen ritu tingin nk mkn sekbek mek nih xleleh air liur..

    ReplyDelete
  8. mee udang mak jah kuala sepetang tu ada kat area wangsa walk...wangsa maju....cannot komen sbb tak cuba lagii

    ReplyDelete
  9. hmm.. akak mana2 mee udang belum pernah rasa lagi... nak mkn gamaknya kena masak sendirilah.. alahaiii...

    ReplyDelete
  10. tukang masak pkai perfume byk sgt kot..aura sampai ke mee...hehe.

    ReplyDelete
  11. Hehhehe sesekali agak nyer dema pakaikan udang tu perpium kut ekkekkeke ermmm teringat2 mee udang cantik kat penang tu mmg terbaek lah windu nyerrrr nk makan mee udang.. :)

    ReplyDelete
  12. yummm..sedapnyer.. mmg banjir udang la..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!