MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, April 4, 2013

MEE UDANG GALAH... PONDOK-PONDOK CAFE

ASSALAMUALAIKUM...


SUKA main pondok-pondok? Seingat Seri Kandi, Seri Kandi masih suka bermain pondok-pondok sehingga tua nipun, hehehe. Main dengan siapa??? Dengan anaknda Iman Fatiha, lah. Tapi rasanya sejak Seri Kandi dah berhenti membelikan mainan masak-masak dan sebagainya untuk Iman, Seri Kandi tak lagi bermain pondok-pondok. Seri Kandi masih ingat, Seri Kandi sanggup berhabis berpuluh-puluh ringgit untuk membeli set pinggan mangkuk dan periuk belanga mainan termasuk peralatan dapur seperti 'coffee maker', 'mixer' dan juga 'pressure cooker' mainan untuk Iman sebab masa kecil-kecil dulu Seri Kandi tak ada semua tu :p Yang kelakarnya sampai sekarang pun Seri Kandi tak ada 'pressure cooker' yang betul-betul untuk kegunaan Seri Kandi sendiri, hihihi.


Duluuuuu... lebih kurang 33 tahun dulu, adalah seorang kawan abah Seri Kandi selalu tumpangkan anaknya di bawah jagaan ibu Seri Kandi. Seri Kandi masih ingat dan terbayang lagi set periuk belanga mainan yang dibawanya. Peh! Macam periuk betul cuma saiznya cenonet jerlah. Dan.. dan... dia bukan main lokek nak bermain bersama-sama kami tau padahal masa tu tumpang duduk kat rumah kami. Sanggup dia sorokkan periuk belanga tu bawah kerusi dan kami tak boleh cuit langsung. Kalaulah Seri Kandi jumpa dia sekarang, Seri Kandi nak tayang set dapur Seri Kandi pulak pada dia, biar ternganga mulut dia tengok. Ko ingat ko jer ada, aku pun ada lah!!!


Eh! Eh! Lupalah pulak Seri Kandi nak cerita pasal Mee Udang Galah nikan, alahai, jauh sungguhlah konarnya tu.. hihi. Baiklah, dari Kuala Kangsar semalam, kita turun jauh ke selatan. Kali ini kami terjah mee udang galah pulak gara-gara tak berkesempatan memburu mee udang Kuala Sepetang. Seri Kandi tak pasti sejak bila wujudnya kedai Mee Udang Galah ni dan Seri Kandi pun tak teringat nak interview tuan punya kedai. Seri Kandi ni ada masa memang peramah dan suka bertanya itu ini dengan tuan punya restoran tapi kalau tuan kedai tu duduk jauh tak sangguplah Seri Kandi buat kerja tak bergaji.. hihi.


Nama restoran ini adalah Pondok-pondok Cafe.. dan tarikan utamanya pastilah Mee Udang Galah dan segala makanan yang menjadikan udang galah sebagai heronya. Urmmm.. tapi Seri Kandi kecewalah.. eh, bukan tak sedap tapi masa Seri Kandi datang tu, udang galah gred A dah kehabisan, jadi Seri Kandi cuma dapat yang gred B. Tapi tetap puas hati jugaklah sebab walaupun gred B tetap banyak isinya dan segar lagi.


Rasa??? Bagi penggemar tegar mee udang dan pastinya sudah biasa dengan rasa mee udang, mungkin anda akan terkejut sebab tiada langsung rasa mee udang yang ditonjolkan dalam masakan ini. Seri Kandi rasa kuah mee udang galah ini lebih cenderung kepada rasa kuah mee kari. Mungkin pemilik restoran ini cuba nak mengubah tradisi mee udang yang biasa sebab beliau menggunakan udang galah dalam masakannya. InsyaAllah, kalau ikut di tekak Seri Kandi ni anda tak akan kecewa dengan rasa mee udang galah Pondok-pondok Cafe dengan syarat anda tidak terlalu mengharapkan rasa mee udang yang biasa kita nikmati itu.


Lokasi?? Seri Kandi tak pasti alamatnya, tapi kalau anda tahu kedudukan restoran 'Mama Grill Papa Chop' di Taman Universiti, Johor Bahru, silalah susur lorong kedai ini sehingga anda bertemu Pondok-pondok Cafe yang terletak bersebelahan gym. Oh, bolehlah ber-gym pulak selepas menikmati sepinggan mee udang galah ya... hehe.


Kalau anda bukan penggemar mee atau udang galah, ada banyak lagi menu yang disediakan di sini. Jadi jom pergi!!!



p/s maaf... gambar kurang pencahayaan


6 comments:

  1. besarnya udang....
    perhhh...mengancamnya dessert

    ReplyDelete
  2. Ohhh... kat tempat kita sini. Kakak ingatkan masih di utara masa Seri balik utara tempohari. Bolehlah kakak cuba kalau macam tu.

    ReplyDelete
  3. shida pun xde mainan pondok2..selalu kalau nak main pergi umah sepupu..main dengan dia..tp dia kedekut jugak hahaha...nasib mak nya baik suruh main sama2..xpun dulu buat sendiri ambik penutup tin milo wat piring kuali haha..daun jadi bahan2 goreng nya..


    eh egtkan makan mee udang kat kuala sepetang hahah rupa2nya di johor

    ReplyDelete
  4. Adehhh... tak pernah la rasa lagi Mee Udang camtu. Jels la sangat!

    ReplyDelete
  5. anak kawan abah kak yus tu kompom jeles bila pandang set pondok2 kak yus.. banyak kooooo..

    kak... mula2 nak gelak ada. nak tersenyum pun ada. waka..waka..
    rupanya ada kaitan dgn nama kedai mee udang tu..

    kalau gred B fh besor. A apatah lagi...

    bestnya.. kat johor jer. ingat kat utara nun

    ReplyDelete
  6. pergh tgk udang dah rasa terliur ni !

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

BOAT NOODLE @ TEH O AIS 50 SEN

Assalamualaikum... RAJIN pulak nak cepat-cepat update kisah malam tadi padahal bukan main banyak kisah yang belum dikisahkan lagi.  Hurmmm....