MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, August 16, 2013

DURIAN GORENG

ASSALAMUALAIKUM...


TERSENYUM lebar Seri Kandi bila panglima SK membawa pulang sekarung durian baru-baru ini. YB belanja katanya. Wahhhhhhh!! SK terus terbayang nak buat durian goreng seperti yang disediakan chef di Hotel Paragon yang SK ceritakan baru-baru ini. Dan SK juga teringin sangat nak menyediakan sebiji kek durian dengan menggunakan resepi dari blogger tersohor yang resepi-resepinya dibukukan baru-baru ini.


Jom tengok bagaimana menyediakan durian goreng yang mudah ini. SK tunjukkan secara bergambar ya..


Yang pertama.. tentulah kena kopek durian tu dulu. Keluarkan setiap ulas durian dan asingkan biji dan isinya.


Masukkan isi durian dalam satu plastik. Balutkan secara memanjang atau boleh juga mengikut sesuka hati anda. Nak bulat-bulatkan pun boleh tapi yang paling mudah macam cara SK nilah rasanya.


Bekukan ia dalam peti ais.


Setelah beku, keluarkan dari bungkusan dan potong-potong isi durian yang telah beku. Simpan semula dalam peti ais (peti beku)


Sediakan batter :

Bahan-bahan :
  • 6 sb tepung beras
  • 3 sb tepung gandum
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • 1/2 cawan susu kotak
  • sedikit garam
  • 1/3 sk baking powder
  • air secukupnya
  • 1 sb minyak jagung (minyak masak pun boleh)
Caranya :
  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak jagung. Gaul rata menggunakan jari.
  2. Tambahkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi bancuhan yang pekat.
  3. Masukkan minyak jagung, gaul rata.
SK memang suka agak garing kat bahagian batter tu... :-))))))
Kemudian, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. keluarkan durian beku yang telah dipotong-potong tadi. Celup dalam batter dan goreng terendam atau balikkan sehingga kuning keemasan. SK pulak suka goreng garing sikit... Sedapppppppppp!!

11 comments:

  1. Tahniah! akhirnya berjaya juga Seri buat durian goreng. nnti k ita cuba ekk.

    ReplyDelete
  2. Oooo...macam nie rupanya buat durian goreng. Saya ingat, celupkan jer seulas durian tu terus dalam tepung macam buat cempedak goreng tu. Hihihihihi. Menyelerakan la nampaknya ni kak. Tapi kalau saya, tengok isi ulas yang cantik2 tu, harus tak sempat masuk kuali. Masuk peti ais pun x sempatlah kiranya.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, kakcik akan cuba buat nanti. :)

    ReplyDelete
  4. Durian goreng!! first time dgr n tgk ni..ada jual ke? nak rasa la pulak.

    ReplyDelete
  5. ooowh.. camtu ka.. ingat goreng ala2 nak goreng cempedak tu.. patutlah cutting dia lain..

    ReplyDelete
  6. Ermmmmm ari tu tgk gambar je nie biler dpt tgk resepi terus rasa nk terjah hehhehe nampak sedap sgt terbayang2 durian dalam mulut adehhhh sedap nyerrr :D....

    ReplyDelete
  7. Durian kt kg hubby berlambak sampai taktau nk buat apa. Nnti kakpb nk cuba. Itu pun kalau sempat sb nk balik dah selasa ni.

    ReplyDelete
  8. Ohh.... kakak ingat goreng seulas-seulas macam kita goreng cempedak. Kakak tak pernah buat pun.

    Selamat Hari Raya & maaf juga dari kakak SK

    ReplyDelete
  9. akak oii.. boleh le sy try resepi ni. mcm unik dan best je

    ReplyDelete
  10. saya ada jual durian goreng siap dgn tepung sekali..jika berminat bole call 0197113492

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...