KATA kawan SK... (Kak Narimah namanya)
"Kuih yang cantik kena makan dengan penuh bergaya macam model hehe.."
Jadi, jom kita ramai-ramai bajet jadik model sambil suap cheese tart munge ini ke mulut dengan penuh sopan-santun ya, hihi. Walaupun dah bertahun SK menikmati cheese tart ini, SK tak pernah jemu. Setiap kali menyuap SK selalu membayangkan bagaimana pelanggan SK menikmati cheese tart SK. Dan SK selalu bimbang tahap kekembangan
Minggu lepas, hati SK melonjak keriangan bila mendapat tahu bahawa cheese tart SK telah menjadi santapan selebriti-selebriti TV3 antaranya Zakiah Anas yang cantik manis tu dan juga penerbit program TV3 yang terkenal Mazlin Nordin pun ada. SK tak tahu pula salah seorang pelanggan yang membeli 9 kotak cheese tart SK selepas raya hari tu adalah bekas seorang pembaca berita TV3 tahun 1987. Aiiii, masa tu SK baru darjah 6, tu yang SK tak perasan, sabar ajelah. SK nak ucapkan terima kasih kepada beliau yang merupakan antara pelanggan SK yang setia... yang katanya sanggup tunggu setiap kali adik SK balik JB untuk menikmati air tangan SK, terharunya rasa. Terima kasih ya, Datin Padlon Abdul Rahman. Terima kasih juga kepada adik SK, Wawa yang tak pernah jemu mempromosikan produk SK kepada kawan-kawan sekerjanya di IPGBM, Lembah Pantai, KL.
SK juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pelanggan SK sama ada kawan-kawan biasa, kawan luar biasa, pelanggan baru, pelanggan tetap dan dah ada pun yang menjadi kawan-kawan SK, yang SK anggap seperti adik-adik SK. Pada yang menghantar email, whatsapp, sms.. SK ucapkan terima kasih kerana melalui itu semua SK rasa sangat dihargai dan betapa kehadiran SK walaupun sekadar di alam maya dapat diterima dengan baik oleh anda semua.
Dan.. rupa-rupanya citarasa pelanggan ni, mereka sukakan sesuatu yang lain dari yang lain. Dan lumrah wanita (kebanyakan pelanggan SK tentulah wanita) memang sukakan keindahan dan kecantikan dan wanita juga sukakan bunga, kan. Tidak hairanlah apabila limpahan tempahan yang SK terima setelah mengepos gambar cheese tart yang berbunga-bunga di fb. Ini disebabkan anaknda SK telah menyuarakan rasa rindunya dengan lorekan-lorekan SK di cheese tart. Jadi untuk menunaikan permintaannya, SK pun melorek kembali. kebetulan SK memang tak ada buat benda lain hari tu. Kemudian SK teringat pulak bunga-bunga deco SK yang masih berbaki dari hantaran perkahwinan adinda SK. Ada juga beberapa kawan baker yang meletak bunga atas cheese tart dan lorekan mereka lebih anggun. SK sangat kagum dengan mereka terutama sifu SK, Kak Azita Zain, SK rasa sangat terhutang budi dengan beliau sehingga bila-bila, terima kasih, ya Kak Ita. Saaaaaaaaaaaaaaayang Kak Ita!!
Bagi yang ingin cuba membuat sendiri, klik resepinya DI SINI ya.
Akhir kalam, salam sayang dari SK dari Tanah Jauhar...
p/s bukan Tanah Kubur ya.... :p
Aduhai....bilalah nak merasa nie.
ReplyDeletedatang JB nanti bolehlah order, Aziela :-)))
Deleteem..sedapnya cheese tart tu..
ReplyDeletesedap, Bbwana.. hehe
DeleteErmmmm mengancam sungguh cheese tart SK nie adehhh biler lah dpt buat tart cantik camnie heheh :)
ReplyDeletesatu masa nanti pasti boleh, Delima Zamrud :-)
DeleteSeri...Munge tu seanggun tuan yg buat munge tu...hehehe
ReplyDeleteisk! Tuan yg buat munge tu comot Kak Anie, hihihi
DeleteWah...rasa sayang pulak nak makan kalau dah cantik depan mata.
ReplyDeleteMerah Kesumba, Ungu Karmila...sedap la nama tu. Jgn ada yg tiru...jeng..jeng..
kuang! kuang! kuanggggg!!
DeleteAssalamualaikum SK. Semakin kreatif dan cantik. Tahniah awak. :-)
ReplyDeleteterima kasih, Oeya, inspirasi dari kawan2 juga :-))))
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesayang nak makan,comel sgt hehe...
Delete(tadi silap eja,terpaksa delete)