UDANG TEMPOYAK UNTUK SK

Seri Kandi Tanah Jauhar
12
ASSALAMUALAIKUM...


UDANG masak lemak.. bukan cili padi tapi cili giling yang memang sentiasa ada dalam peti ais SK. SK memang sentiasa sediakan stok cili giling siap bawang bagi memudahkan kerja memasak. Iman Fatiha tak sudah-sudah bertanya, kenapa bonda punya kuah warna lain, selalukan warna kuning. SK cakap SK guna cili merah, selalu SK guna cili hijau.. hihihi. SK malas sangat sebenarnya nak masak tapi sebab ada orang yang nak sangat makan udang dan ada orang yang nak sangat makan lauk lemak jadi SK campak jerlah cili giling, asam keping, garam dan santan dalam kuali. SK hiris halia seinci, serai pulak rupanya tak ada... urmmm. Nak bagi pedas, SK tambah dua tiga biji hirisan cili padi. Lepas tu, SK teringat ada tempoyak dalam peti ais, teringin pulak nak rasa masak lemak udang letak tempoyak. Jadi, SK asingkan tiga ekor udang dalam mangkuk lain sebab orang lain tak makan tempoyak... ish.. ish.. ishhhh.. sedap betullllllllll!! Rugi siapa tak makan tempoyak tauuuuuuuu....

;-))))))))

Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kakcik bukan tak makan tempoyak, tapi tak boleh makan. Kalau makan nanti kepala kakcik jadi berat... :(

    ReplyDelete
  2. Huhuhu udang mmg D5 suker makan but tempoyak mmg D5 xmakan hehehhe :)

    ReplyDelete
  3. Aduhai, mengancamnya. Masak lemak dengan cili giling ekk. Saya nak try lah. Masuk tempoyak..err..masuk durianlah...hihihihihi. Ada beberapa ekor udang galah dalam freezer, bolehlah saya cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. perghhhh, kalau dah ada tempoyak kompem bertambah2 nasi...

    ReplyDelete
  5. sodap ni..! tempoyak lagi tu..mmg umphhh lah !

    ReplyDelete
  6. terbaikkk.... nasib baik tun berjaya seludup tempoyak dlm beg wat naik flight semalam.. hihi

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaaa udanng besor2.. saya peminat tempoyak. ater orang perak

    ReplyDelete
  8. hai..salam perkenalan dr SRC..

    dating sini dan follow..sudi singgah sini ya, www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq..selamat hari raya

    ReplyDelete
  9. udang saya makan tp tempoyak tak makan le hehe...besarnya udang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!