KEK KEDAI VS KEK BONDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...


"IBU, nanti hari jadik Indah, Indah tak nak kek yang ibu beli dekat kedai tau. Indah nak kek yang bonda buat je. Kalau ibu beli kat kedai, Indah tak nak potong," begitulah permintaan si kecil yang genap usianya 6 tahun semalam. Indah atau Nur Zahirah merupakan anak saudara SK di sebelah ibu yang paling bongsu, yang paling manja, yang paling mentel, yang paling gediks, gitewwwwww... hihihi. Lalu permintaan si anak saudara disampaikan kepada bonda. Terharu sungguhlah hati bonda mendengar permintaan Indah, budak yang baru berusia 6 tahun tak mahu kek yang dibeli di kedai tapi nak kek yang dibuat oleh bonda, padahal pada pendapat SK, kek kedai 100 kali lebih cun dari kek bonda ni.
 

"Boleh tak buatkan?" Tanya Angah, ibu Indah sehari sebelum hari jadi Indah. SK angguk. SK rasa ok, memang boleh buat. Petang tu SK terus ke kedai beli papan kek dan kotak. Haiiiiiii, SK tahu dekat rumah SK ada papan kek dan kotak tapi SK tak ingat saiz berapa. Jadi yang paling selamat beli yang lain. Setiap kali memang macam tu, haha. SK juga beli edible image gambar gadis muslimah dan sebiji lilin nombor 6. Sampai taman di rumah SK, singgah pulak ke kedai membeli coklat M&M. Semangat betul rasanya nak buat kek untuk Indah. Tapi, sepanjang jalan pulang SK berfikir, esok tu SK kerja, mana pulak SK nak simpan kek Indah yang dah bersalut krim atau ganache. Nak patah balik ambil kat rumah memang sempat tapi SK ada tempahan yang perlu disiapkan malam esoknya nanti lambat pulak kerja SK siap.  Nak bawa siap-siap ke pejabat... urmmmm.. ish.. tak boleh jadik ni.
 

Sudahnya, edible image dan coklat M&M tu SK bawa togel-togel ke pejabat esoknya. Petang tu, SK terus pergi ke kedai kek Sutera Rasa dekat dengan pejabat Encik Panglima. SK meninjau kek di ruang pameran. "Adik, ada kek yang kosong tak? Yang cuma krim aje atasnya?" Pekerja kedai menggeleng kepala. "Tak ada, tu jer yang ada." SK merenung lagi kek satu persatu. Banyaknya pilihan, tapi semua dah berbunga-bunga dan berumput-rumput siap dengan tiang golnya.. hehe. Akhirnya, SK pilih satu yang agak kosong, mungkin untuk diletakkan tulisan di tengahnya.
 

"Boleh tolong tampal???" SK terus keluarkan edible image yang SK bawa. Terkejut adik tu. Haaa.. ni kalau SK keluarkan coklat M&M mesti dia terus pitam. Terkial-kial dia menampal, "Laaaaaaa.. tak pernah buat ke?" Tanya SK. Dia geleng kepala. SK terus tampal sendiri sambil bertanya, "pernah tak jumpa customer macam akak ni??" Dia geleng-geleng kepala, hahahaha.. nasib.. nasib... SK tak jadi letak coklat M&M tu depan dia. SK buat sendiri dalam kereta masa tunggu Iman balik sekolah agama. Cun jugak! Memang sebiji macam kek buat sendiri.. hahahaha.
 

Suka betul Indah bila tengok kek yang 'dibuat' bondanya itu di kedai. Alahaiiiii Indah, maaf zahir batinlah ya, Indah... huhuhu. Bonda doakan semoga Indah dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, diterangkan hati dan semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan berbahagia di akhirat sana, Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin.

 




 

Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!