MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, October 4, 2013

SUP TULANG DENGAN REMPAH SUP EKOR PREMIX NURANI SPICE

ASSALAMUALAIKUM...

ANTARA hidangan yang wajib dipesan bila makan di restoran tomyam. SK masih ingat pernah satu ketika tiga hari berturut-turut, ER ajak SK makan di restoran tomyam semata-mata ingin menikmati sup tulangnya yang enak dan ada rasa sedikit masam. Memang lain benar rasa sup tulang yang dihidangkan kebanyakan tukang masak yang dibawa dari Kelantan dan dari Siam. Sampai licin menghirup sup dalam mangkuk baru puas hati kata orang.

Apabila diperkenalkan dengan produk Nurani Spice, SK agak teruja dan beberapa kali bercakap dengan pengedarnya di Johor Bahru, Ann yang SK memang nak sangat mencuba sendiri keenakan dan keaslian rasa rempah sup ekor premix yang terdapat dalam produk Nurani Spice. SK nak tahu, betul ke rasa supnya itu setanding dengan sup ekor atau tulang yang selalu ER beli tu. Tapi, memang belum rezeki apabila payah benar SK nak jumpa dengan ekor lembu segar apatah lagi, ER lebih berminat pada sup tulang. Tapi, pun belum rezeki, payah juga rupanya nak mendapatkan tulang dari daging lembu segar. Kebanyakannya adalah tulang import. Hampa, tapi misi mesti diteruskan.

Misi berjaya juga akhirnya. Hari tu semasa SK dan ER ke pasar, dapatlah membeli tulang lembu segar. Memang SK tak sabar-sabar nak mencuba resepi sup tulang menggunakan rempah Nurani Spice ni. Tapi, syhhhhhhhhh!! SK memang tak beritahu langsung dengan ER tau yang SK nak gunakan rempah premix ni untuk masak sup tulang tu. Berdebar-debar pulak SK bila ER mula menyudu sup ke dalam mulut...



"Macammana, okey tak? Sama tak dengan kedai tomyam?" SK duduk menongkat dagu dengan mata yang bersinar-sinar apabila melihat ER mengulang menyudu sup.

ER angguk-angguk sambil menuang sup ke dalam pinggan nasi. Pehhh.. banjir gitu. Seronok SK tengok ER makan. Seronok juga kerana akhirnya berjaya buat sup tulang yang rasanya seakan sama dengan sup tulang di kedai tomyam. Sampai ke sudah ER tak tahu resepi rahsia sup tulang SK tu... alaaaaaaaa.. SK tahu, ER tak baca blog SK nilah... selamattttttttt!!


Sup Tulang
Resepi : Nurani Spice
Diolah : Alam Sari

Bahan-bahan :
1 kilo tulang lembu (pilih yang ada daging-daging)
1 bungkus rempah sup ekor Nurani Spice + 200ml air (bancuh)
1 1/2 " halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang bombay
1 sb minyak masak
air secukupnya
 4 5 helai daun limau purut
sekeping asam gelugor
garam secukup rasa
2 biji tomato potong 4
2 biji kentang potong 4
1 batang carrot, hiris kasar
sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-caranya :

  1. Bersihkan tulang lembu dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan air sehingga menenggelamkan keseluruhan tulang lembu yang telah dipotong-potong.
  2. Campakkan halia (dihiris) dan bawang putih (dipecah/ diketuk) ke dalam periuk itu.
  3. Rebus sehingga daging pada tulang empuk. (tutup separuh periuk ketika merebus.. guna periuk tekanan jika ada.. SK takde.. sedih)
  4. Dalam kuali panaskan minyak masak dan tumiskan rempah sup ekor Nurani Spice sehingga pecah minyak dengan api yang kecil. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi tulang tadi.
  5. Masukkan kentang dan carrot. Masak sehingga kentang empuk.
  6. Masukkan bawang bombay yang dipotong baji, daun limau purut, asam gelugor dan perasakan garam.
  7. Masukkan tomato, batang daun sup dan daun bawang.
  8. Tutup api.. taburkan daun bawang dan sup yang dihiris halus semasa menghidang.
Untuk mendapatkan rempah ini, sila email SK di : serikanditanahjauhar@gmail.com


5 comments:

  1. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka makan sup daging/tulang..Tapi jenis yg berempah sikit...
    Wife saya pula suka yg jenis tak berempah/N.Sembilan style punya sup daging :)
    Boleh la saya minta wife saya cuba buat sup guna rempah ni...nak cuba pelbagai rasa :)

    ReplyDelete
  3. saya suka sup yang pekat untuk makan cicah roti. kalau yg cair makan dengan nasi. :D

    ReplyDelete
  4. Salam Sari, akak tak faham maksud butang yg sari ckp kat blog akak, apa eh?

    ReplyDelete
  5. Huhuhuh terliur tgk sup tulang SK nie adehhhhhh mmg mengoda selera tul lah hehehheh :D...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

AKHIRNYA IKEA TEBRAU DIBUKA

Assalamualaikum... YEAY!!  Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Ikea Tebrau kini dibuka di Johor Bahru.  Setelah bertahun-tahun beran...