RIAU BUMI LANCHANG KUNING NAN BERTUAH - EPISOD 5 (AKHIR!)

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...

haruslah tuan blog yang muncul dahulu
SETELAH menempuh satu perjalanan yang panjang, akhirnya kami kembali ke Pekanbaru bagi meneruskan agenda yang ditunggu-tunggu iaitu 'shopping'.. apalagi, ya tak? Bunyinya macam bawa berjuta-juta rupiah, kan.. huhu. Tak ada maknanya juta-juta rupiah, SK cuma tukar 1 Juta saja tau dan selebihnya ditanggung halal oleh Bapak Rizar aka ER. kadang-kadang SK rasa dia pula yang melebih dari SK bila nampak baju perempuan yang cantik-cantik. Mesti dia akan tanya... "nak?" "Errrrr.. nak belikan ke?" Malu tapi mahu. Dan sesi tawar-menawar pun bermula... hehehe..


SILUNGKANG merupakan pusat tenunan dan sulaman yang terkenal dan sering mendapat sambutan pelancong di Pekanbaru ini. Sesuai dengan jenama dan menjadi pula tumpuan pelancong maka tidak hairanlah harganya agak mahal. Kalau anda ingin memberikan cenderahati yang agak ekslusif kepada orang-orang yang istimewa apa salahnya berbelanja besar di sinikan. SK memang tak membeli di sini kerana dada SK ni dah berdegup-degup tidak sabar untuk 'shopping' di Pasar Sukaramai atau dikenali juga sebagai Ramayana. Tak sabar punya pasal, sangguplah pulak jalan kaki meninggalkan ahli rombongan yang masih memilih-milih di Silungkang.. sungguh tidak senonoh perangai... hahaha.

tulahhh.. len kali orang cakap tu dengar...
huhuhu.. janganlah marahhhh.. kita lari karang baru taw!
MENYESAL! Hah.. tak dengar cakap suami, padanlah dengan muka sendiri. Sebenarnya, semasa 'shopping' di Pasar Bawah, ER beberapa kali mengingatkan SK supaya kalau nak beli, beli saja di situ. Tapi, SK ni kononnya nak survey pulaklah harga di Pasar Sukaramai. Memang ini sahaja dua destinasi shopping yang disenaraikan dalam lawatan dan SK takut pulak kalau duit habis dibelanjakan di Pasar Bawah... huhu.. SK tak mo tukar duit lagi di sini sebab takut rugi RM. Sayanglah pulak kalau dah beli di Pasar Bawah tetiba saja tengok di Pasar Sukaramai lagi murahkan. "Beli jer sekarang".. kata ER. "Takpe.. esok masih ada," isk.. tengok.. tengok.. sekarang siapa yang kena???

rambang mata dibuatnya.. huhuhu
Berbanding Pasar Bawah yang menawarkan banyak pilihan kain sulam-sulaman, Pasar Sukaramai lebih banyak menjual pakaian siap dan moden. T-Shirt Ole-ole juga langsung tidak ketemu. Nasib baiklah ER sangatlah sabar dengan kerenah SK kan. Kalau dapat macam Mr Arrogant tu, tentu-tentu dah kena tunjal.. kekekeke. Haaa.. lepas ni kawan-kawan, kalau datang ke Pekanbaru, shopping kain sulam-sulaman dan telekungnya di Pasar Bawah ya. Pasar Sukaramai ni lebih banyak pilihan pakaian siap seperti blouse, jubah dan tudung atau selendang. Tapi SK agak kecewa kerana tidak sempat pergi ke kedai yang menjual peralatan dan bahan-bahan kek yang dipanggil Kedai Pecah Belah. Memang tak sempat sangat.. sedih :-(
kita minum dulu!!

bestnya lahaiiii kalau badan SK macam patung ni.. :p

 
Fuhhhhhhhh!! Sampai mengigau-ngigau dibuatnya
Haaa.. mehlaaa kita cerita pasal makanan pulak. Nak tahu masakan tradisi di sini adalah asam pedas ikan baung atau ikan patin. Sayangnya tidak ada tempoyak, kalau ada tempoyak haruslah SK bam-bam gedeboom bila balik ke Johor.. ahhaha. Maka, muncullah macam-macam pantun pasal ikan baung ini yang dicetuskan ahli-ahli rombongan di belakang bas. Sampai terbahak-bahak ketawa dibuatnya. Terus lupa nak menjaga kesopanan dan kesusilaan... huhuhu. Turut wajib disajikan adalah daging dendeng pedas. Wallaaaaaaaa.. sedap seh, makan free lah katakan.. huhuhu.
 
hidangan yang disajikan di rumah Wali Kota atau kalau di Malaysia ni disebut Menteri Besar
Dalam banyak-banyak tempat, SK rasa sajian di rumah pemerintah Riau atau Wali Kota adalah yang terbaik. Dari sajian tekak sehinggalah ke sajian telinga. Sepanjang menikmati jamuan kami dihidangkan dengan nyanyian live lagu-lagu melayu Deli.. ada lagu P Ramlee, Ahmad Jais dan Syarifah Aini. Syoklaaa.. SK kan jiwa halus jadi memanglah suka dengar lagu-lagu macam ni.. hihi.

buah-buah kesukaan SK ni...
pinggan SK... taklah kuat makan sangatkan.. kan...
haaa.. ni pinggan SK masa makan di Kapupaten Pelalawan tu.. yang hari rasa macam nak demam tu.. agak-agak orang nak demam makan macam ni ke hah???!
Malam terakhir di sini selepas rasa nak pitam makan ikan baung dan patin kami ramai-ramai berjalan kaki mencari bakso. Tidak sahkan kalau ke Indonesia tidak pekena bakso. Memamg sangat best Restoran Khas Bakso yang kami singgah ni. Baksonya pun boleh tahan jugaklah. Sedapppppp.. orang belanjalah katakan.. kui kui.
 
dagingnya sebesar penumbuk... bayi!
warga media Johor Bahru
Dan SK juga dapat mencuba satu lagi makanan tradisi Indonesia khasnya Palembang yang diperkenalkan Makcik Monas iaitu Pempek Palembang. Sedapppppppppp!!
 
Pempek Kapal Selam.. ada telur rebus di dalam
 
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam selalu bawa uang recehan
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah
 
ole-ole Pekanbaru
 
Cowok Idaman??? Errr...

Terima kasih kepada mereka yang setia mengikuti perjalanan SK di Pekanbaru ni ya.. Oh, ya! Jika ada sesiapa yang ingin ke Pekanbaru dan memerlukan 'tour guide' anda bolehlah email SK di serikanditanahjauhar@gmail.com.
 
p/s Jangan lupa dapatkan tiket penerbangan anda ke Pekanbaru melalui Firefly DI SINI!
 
 



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Puas jugalah SK dgn kakitangan media berliburan di Pekan Baru ye.

    ReplyDelete
  2. SK..semua makannan nampak menyelerakan...atau kita ni jenis tolak batu dan kayu ja hehe

    ReplyDelete
  3. Di Pasar Bawah yer, hait. Noted. Naik feri jer dari Melaka. 2 jam dah sampai.

    ReplyDelete
  4. blh berangan p pekan baru plak pasni, SK jadi tourist guide plak :P

    ReplyDelete
  5. habis dah saya baca cerita Riau!
    best!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!