MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, October 27, 2013

RIAU BUMI LANCHANG KUNING NAN BERTUAH - EPISOD 1

ASSALAMUALAIKUM...



PESAWAT Firefly yang membawa SK terbang jauh dari tanahair kini telah berada di ketinggiaan 16,000 kaki dengan kelajuan 500km/sejam. Hati SK agak teruja kali ini. Bukan kali pertama terbang sambil duduk :p tapi ini kali pertama SK akan menjejakkan kaki ke tanah yang bergelar Bumi Lanchang Kuning. SK akan ke Pekanbaru yang merupakan ibu negeri kepada Riau di Sumatera, Indonesia. Dan mungkin ramai yang tidak tahu bahawa lebih 300 tahun dahulu Riau adalah ibu negeri kepada Tanah Jauhar menandakan begitu dekatnya hubungan saudara antara orang Johor dan orang Riau.



Penerbangan yang mengambil masa 1 jam 20 minit langsung tidak terasa. Muffin Coklat dan Kacang Masin berserta Jus Guava yang dihidangkan Seri Dewi, pramugari manis FireFly cukup untuk mengalas perut. Novel Ungu Karmila yang SK bawa hanya terbaca dua mukasurat... huhuhu. Sajalah SK nak baca balik novel ni. Kisah mistik dan thriller yang mendebarkan memang kegemaran SK walaupun berkali-kali membaca SK tak pernah jemu sehingga terbawa dalam mimpi pun ada :-)))) Tiba-tiba sahaja kedengaran arahan agar memasang tali pinggang keselamatan dan pesawat akan mendarat. Mak aihhh... cepatnya. SK tenung jam lama-lama. Haiiii.. ni kalau tengah mengajar, bukan main lambat kau bergerak ya jam.. Baru nak feeling-feeling atas awan dah pun sampai ke daratan :p


Wahhhhhh!! SK dah banyak kali sampai ke negeri-negeri di Indonesia tapi rasanya ini adalah antara lapangan terbang yang tercantik SK pernah sampai. Sebaik melepasi pemeriksaan Imigresen dan menuruni escalator ke ruangan di tingkat bawah, rasa agak teruja. Rupa-rupanya Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II ini baru sahaja menjalani proses pembinaan semula. Memang cantik dan lanskapnya menarik sesuai sekali kerana sejak akhir-akhir ini Pekanbaru sering disebut-sebut sebagai syurga membeli-belah bagi kaum ibu. SK ada mendengar bahawa kebanyakan hasil sulaman telekung dan kain di sini turut dihantar ke Bandung. Dan SK memang tak sabar sangat nak mencuci dompet Bapak Rizar di Kota Riau ini.... hihihi.


Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya penerbangan SK ke Pekanbaru ini bukanlah berdua-duaan dengan ER sahaja. SK menyertai rombongan Jalinan Muhibbah antara syarikat penerbangan Firefly, Kelab Media Johor dan Jabatan Pelancongan Negeri Johor. Turut bersama kami adalah beberapa ejen syarikat pelancongan. Dan inilah kali pertama SK mengikuti rombongan Cik Kiah macam ni, hihihi. Dan mungkin juga SK satu-satunya blogger yang menyertai rombongan ini. Paling SK bangga sekali adalah turut bersama rombongan kami adalah Mr Big Bos dari Firefly dan Jabatan Pelancongan Negeri... siapa??? Tungguuuuuu episod seterusnya okeyyyyy.... Nanti SK ceritakan tentang apa yang menarik dan destinasi yang patut anda kunjungi jika ke Pekanbaru. Jangan lupa semak jadual penerbangan anda melalui Fireflyz di SINI...

Sampai jumpa lagi ya :-))))))
Salam Sayang Rindu Selalu dari Seri Kandi Tanah Jauhar.

Riau Episod 2

12 comments:

  1. Salam Sari....Selamat bercuti2 & bersoping2 ke pekanbaru ya...semoga happy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang happy sangat Kak Azatiesayang.. rindu plak dengan bumi Riau, huhu

      Delete
  2. Wahhhhh memang menarik trip kali ni. Sambung sambung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa.. kena masukkan iklan dulu, Kak Azieazah.. :-))))

      Delete
  3. Asal usul keluarga kakpb pun dari sini juga kot? Keturunan Daeng2 yang dikata lanun....hehe...tu sebab kalau marah sikit2 angkat parang..haha...jgn kecik hati pula sape2 yg baca komen kakpb ni. Memang cerita benar dari emak dan datok2 dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaaaa... yang tu kena sambung episod seterusnya.. kalau betul kena cari semula susur galurnya ni Kak PB ;-)))

      Delete
  4. i see..Tanah Jauhar tu kat Riau lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ita Rossi, Tanah Jauhar tu meliputi kepulauan Johor-Riau.. dari Riau sehingga ke Panchor, Kota Tinggi adalah dalam satu jajahan.. nanti sy cerita kemudian ya..

      Delete
  5. tak sabar nak baca apa yg menarik lagi kat pekan baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rostina, ni mesti tak sabar nak baca cete shopping2 nikan.. hahaha

      Delete
  6. Itu dia.. baru muncul empunya blog, sebab itulah busynya tak terkata ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KakZakie.. haaa.. tu lom jadik Datin lagi tu, hahahaha

      Delete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

KEK OH KEK!

Assalamualaikum... DAH sarapan ke tu? Sk ni dah dua hari berturut-turut sarapan dengan kek yang superrr duperrrr jelita. Meh tayang sikit...