MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, November 7, 2013

RIAU BUMI LANCHANG KUNING NAN BERTUAH - EPISOD 4 (BONO)

ASSALAMUALAIKUM...


gemuknya SK.. huhuhu
AMBOI... dah episod 4. Yang tu baru duduk tiga hari dua malam, agaknya kalau duduk dua minggu mesti sampai episod 24 pun tak habis-habiskan cerita SK tentang Riau ni. Mengalahkan drama 'Love You Mr Arrogant' pulak... kui kui kui...


Pagi hari kedua di Pekanbaru, memang SK langsung tak ada selera nak bersarapan. Selalunya SK ni jenis yang jarang sakit dan kalau sakit pun masih makan banyak lagi.. syhhhh! ini rahsia tau... hihi. Kecuali masa kena chicken pox dulu.. haaa.. masa tu memang tak boleh masuk langsung makanan kat tekak ni. Errr.. dah lari topik ni. Okey, jadi pagi tu SK cuma makan sikit jer dengan harapan rasa tak sedap badan tu tak berpanjangan. Lepas bersarapan kami duduk di lobi menunggu kedatangan bas wisata yang disewa sambil menyedut asap rokok Bapak Rizar... huhuhu. Oh, ya.. wisata tu maksudnya pelancong ya.

tidur ke berangan??
Jadi, pagi itu khabarnya kami akan pergi melihat 'Gelombang Bono' yang berlaku di Sungai Kampar. Apa dia gelombang 'Bono'? Yang itu nanti SK ceritakan kemudian. Perjalanan sejauh dua jam itu melalui jalan yang berliku-liku dan juga sedang dalam pembinaan. Menurut Pak Ronald, jalan yang kami lalui itu adalah jalan pintas yang lebih dekat berbanding melalui jalan pekan. Selepas penat bercakap-cakap di depan, Pak Ronald membiarkan kami menikmati perjalanan itu. Masa inilah ramai yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata termasuk SK. Suasana yang riuh tiba-tiba sunyi apabila ramai yang telah mula bermimpi atau mungkin hanya berangan (SK lettewww).. hihihi. Suasana kembali riuh apabila kami telah masuk ke dalam kawasan Bangunan Pejabat Daerah Pelalawan atau di sebut Kabupaten Pelalawan. Dan... SK rasa telah kembali sihat.. syukur Alhamdulillah. Kami dijemput naik ke dewan di tingkat atas. Wahhhhh! Sambutan yang hebat bagi mengalu-alukan kedatangan kami telah disiapkan rupanya.


Tiba masanya yang ditunggu-tunggu apabila tayangan tentang 'Gelombang Bono' ditayangkan kepada kami. Pehhh! Matik-matik SK ingatkan yang kami akan pergi ke Sungai Kampar dan menunggu kehadiran ombak bono ni tau. SK tengok ER.. ER tengok SK.. lepas tu sama-sama gelak.. kikiki. Mana mungkin kami akan menjejak ke Sungai Kampar yang harus meredah hutan Sumatera tebal.. makanya kita tonton saja tayangan slide-nya.. okeyyy.

salah seorang pakcik orang puteh yang telah sampai ke lokasi Pantai Bono.. tahniah pakcik!!
sumber Google Image
Gelombang Bono*

Di Pekanbaru, Riau atau tepatnya di muara Sungai Kampar terdapat fenomena alam yang berupa gelombang besar yang dinamakan 'gelombang bono'. Gelombang bono dikatakan terjadi akibat dari benturan tiga arus air yang berasal dari Selat Melaka, Laut Cina Selatan dan aliran air Sungai Kampar sendiri. Benturan ini menjadikan gelombang air di muara sungai Kampar boleh mencapai ketinggian antara 4 hingga 5 meter. Biasanya sebelum gelombang berlaku akan kedengaran satu  suara gemuruh yang hebat yang boleh kedengaran dari jauh dengan begitu jelas. Takutkan.. huhuhu. Dikatakan juga sebelum ianya terjadi akan berlaku fenomena anda akan temui selisih satu jam lebih lambat dari hari sebelumnya. Tak faham..??  Sebagai contoh, jika hari ini gelombang ini datang pada jam 11.00, esoknya ia akan muncul pada jam 12.00... sungguh unik.

sumber Google Image
Bono biasanya terjadi pada setiap 10 hingga 20 haribulan hijrah yang biasa disebut penduduk sebagai 'Bulan Besar' atau 'Bulan Purnama'. Gelombang Bono yang besar pula biasanya akan berlaku antara 13 hingga 16 haribulan hijrah. Gelombang yang terjadi biasanya akan berwarna putih dan coklat mengikut warna air Kuala Kampar. Selain itu, Bono juga terjadi pada setiap 'bulan mati' iaitu pada akhir dan awal bulan tahun hijrah. Selain dari Sungai Kampar, fenomena Bono juga berlaku di muara Sungai Rokan. Kononnya di kedua sungai ini, Bono mempunyai cerita dan hubungan misteri di sebaliknya. Apakah???

sumber Google Image
Mitos dan Cerita Misteri Tentang Bono*

Diceritakan kononnya, Bono di Sungai Kampar adalah Bono Jantan manakala Bono Betinanya (makwe dialah tuuuu) berada di Sungai Rokan. Bono di Kuala Kampar ini berjumlah tujuh ekor yang mempunyai bentuk seperti kuda dan disebut induk Bono. Di musim pasang mati, Bono Jantan ini akan pergi ke Sungai Rokan menemui Bono Betina (dating lettewww), dan kemudiannya bersantai (cuti-cuti Indonesia) menuju ke Selat Melaka. Itulah sebabnya ketika bulan kecil dan pasang mati, Bono tidak ditemukan kedua sungai tersebut. Jika bulan mulai besar, maka kedua-dua Bono jantan dan betina akan kembali ke tempat masing-masing lalu bermain memudiki Sungai Kampar dan Sungai Rokan. Semakin penuh bulan di langit maka semakinlah gembira Bono berpacu memudiki kedua sungai tersebut. Begitulah ceritanya.

sumber Google Image
Oh, ya.. Bagi penduduk daerah Kuala Kampar, Bono sudah mereka kenal sejak kecil. Tidak hairanlah apabila anak-anak, remaja dan juga orang dewasa menganggap Bono sebagai sahabat mereka kerana di sinilah tempat mereka menguji ketangkasan menunggangi Bono menggunakan perahu-perahu (sampan) kecil. Biasanya tempat bermain Bono adalah di tempat-tempat di mana Bono tidak terlalu besar atau dalam anak-anak sungai Kampar yang memudiki Bono seperti Sungai Sangar, Turip, Serkap, Kutub dan Kerumutan. Walaupun besar risikonya jika salah imbangan perahu akan terpelanting hingga ke tebing dan hancur luluh namun dari pengalaman sejak kecil, mereka para pemain Bono ini sudah mengetahui di mana tempat yang betul dan selamat untuk bermain bono.
sumber Google Image
Suatu ketika dahulu, permainan Bono sering di lakukan dengan upacara tertentu tetapi kemudian menjadi permainan biasa dan dapat di laksanakan sesuka hati. Walaubagaimanapun permainan ini hanya dilakukan pada siang hari dan tiada siapa yang berani mencubanya pada malam hari walaupun seberapa beraninya mereka.

Sumber : Menguak Sejarah Ombak Bono Kuala Kampar
Suntingan : Seri Kandi Tanah Jauhar

p/s Jika ada kekurangan dalam entry ini SK minta maaf ya dan jika ada gurauan tu adalah semata-mata hiburan sahaja namun tidak menafikan fakta dan mitos.. terima kasih.

Jom semak jadual penerbangan anda ke Pekanbaru bersama Firefly DI SINI!!

Riau Episod 5

1 comment:

  1. Bono tu apa kak?

    Psst? Gemukk? Langsunggggg tidak. Elok jer slimnya...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

RETREAT DI MERSING - HARI PERTAMA

Assalamualaikum... APABILA diberitahu bahawa Sk akan dihantar mengikuti satu kursus di Mersing terus rasa senak perut  hati jadi li...