Assalamualaikum...
SEJAK baca post Dr Zouldahan tentang Milo Soto Warisan, Sk ni dah macam tuan puteri bunting sulung. Boleh dikatakan hari-hari Sk pujuk ER untuk bawa Sk mencari soto yang dikatakan sangat sedap ini. Tambah lagi Warung Milo Soto Warisan ini terletak di kampung ibu Sk. Makin menjadilah keinginan tu. ER sendiri merupakan peminat soto.
Alhamdulillah.. rezeki Sk masa cuti panjang yang lepas akhirnya dapat juga menjejak warung yang menjadi tumpuan di kalangan penduduk jauh dan dekat. Meraba-raba jugaklah mencari sebab Dr Zoul tidak memberi lokasi yang tepat.. mujur sempat buka 'waze' bila dah sampai ke Pekan Rengit kalau tak memang terlepas warung ni walaupun pekan Rengit bukanlah besar sangat pun. GPS pun tak dapat kesan kedudukan warung ni.
Rupa-rupanya keistimewaan soto ini adalah pada ayam goreng yang diletakkan di dalam mangkuk soto. Sebab biasanya soto menggunakan ayam rebus yang dicarik-carik tapi di sini menggunakan ayam goreng. Semangkuk macam ni harganya cuma RM5.. ayam tu potong lapan rasanya. Sk rasa kuah soto dan sambal kicap tu biasa sahaja. Kalau dibandingkan dengan soto yang terkenal di Skudai (depan BBU) yang itu lebih berasa rempahnya. Di sini kurang berempah tetapi sedap tu tetap ada.. murah pulak tu.. berbaloi.. Alhamdulillah. Tolong jangan bandingkan dengan masakan kita di rumah sendiri ya.. mana boleh sama.
Bagaimana ke sini?
Kalau dari arah Benut anda boleh terus menuju jalan ke Batu Pahat dan melalui Pekan Rengit. Warung Milo Soto Warisan ini terletak betul-betul di tepi jalan bersebelahan dengan
Stesen Minyak Shell.
Selamat Menjamu Selera.
Kakcik pun penggemar soto, tambahan kalau boleh tambah begedil... :)
ReplyDeleteSaya sama mcm Kakcik...hihihi
ReplyDeletenak kena buat sendiri ni Seri nampak sedapp tu
ReplyDelete