SAWADDE CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum...
 
ANTARA tempat makan yang Sk teringin sangat nak pergi. Sering tak berkesempatan kerana Sawadde Cafe ini ditutup seawal jam 9 malam. Akhirnya ada juga rezeki di sini setelah beberapa lama telan ailio melihat post-post tentang Sawadde Cafe ini dalam Johor Sedap FB Page.. hihihi.
 
Sesuai dengan namanya yang berkonsepkan cafe, keistimewaan hidangan di sini kebanyakannya adalah hidangan pencuci mulut atau 'dessert' dari Thai. Dan dengan lokasinya yang terletak di dalam kawasan perumahan mewah di Bandar Dato' Onn yang sedang membangun, harga makanannya agak boleh tahan. Bolehlah sekali-sekala layan tekak yang asyik berlobang ni kannn... huhuhu.
 
 
 
Sawadde Special 3 in 1
Pulut tanak dihidangkan bersama potongan mangga masak
dan sos manis serta satu skup ais krim berperisa kelapa.
 
 
Pulut Mangga.. yang ini tiada ais krim.
Sk masih rindukan pulut mangga yang selalu dijual di Pesta Thai.
 
 
Sagu Gula Melaka
dihidang juga bersama ais krim kelapa
 
 
Dekorasi hadapan cafe yang bersambung terus dengan dapur di belakangnya. 
Keluasan cafe sangat terhad.. cuma memuatkan dua buah meja yang boleh menampung 8 orang sahaja pada satu-satu masa. Kalau lebih berlaga punggunglah dibuatnya.
Jangan risau ada meja di sudut luar cafe.. tengah-tengah cuaca panas ni berpeluhlah kita dibuatnya.
 
 
 
Menunggu giliran untuk disagat dan dilapah nampaknya.
 
 
Tak cukup lengkap kunjungan kalau tak ada Kerabu Mangga.
Sagatan halus menjadikannya bertambah enak.
 
 
Seafood Tomyam yang menggunakan paste.. urmmm..
 
 
Namanya Nasi Pad Kapau pilih ayam atau makanan laut.
Macam masak kicap sahaja rasanya. 
 
 
Pesan Aisyah.. kami masak lambat.. sila telefon dahulu sebelum datang.
 
 
Siapa yang ada penyakit M besar bolehlah minum Vitamin Water.
 
 
Bagaimana ke mari?
Paling mudah adalah melalui lebuhraya.
Keluar ke Bandar Dato'Onn.
Cari Perjiranan 11.
Masuk melalui pondok pengawal.
Anda akan nampak deretan kedai kecil selepas memasuki perjiranan tersebut.
Sawadde Cafe terletak di hujung sekali belah kiri ya.
Dibuka setiap hari kecuali Selasa.
1 pm - 9 pm.
Selamat menjamu selera. 
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. telan ailio sungguh tengok menunya.... tapi walaupun punya penyakit M yang sangat beso, jauh la pulak nak perginya.......huhuhu

    ReplyDelete
  2. Kerabu mangga tu nampak menggoda betul.tu kak

    ReplyDelete
  3. Baru smlm ckp ngan asben pasal pulut mangga ni...kita ni baru la nak feel2 mkn kat kedai...tup2 asben kata...masak sndiri je pulut tu....beli mangga dgn santan...mkn kat umh..lgi sedap kata dia..adoiii..kempunan nk mkn kat kedai kak......hahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!