Assalamualaikum...
ADA masanya memang teringin nak makan sesuatu yang kita tak dapat selalu jumpa dan selalu mampu nak beli. THE FAT BURGER yang baru sahaja dibuka di Johor Bahru bagai memanggil-manggil untuk mencuba. Sebetulnya sekian lama sudah Sk tidak menjamah burger di restoran makanan segera. Bila tahu sahaja The Fat Burger ini sudah dibuka, kami pun apa lagi terjahlah untuk merasai sendiri keistimewaanya.
The Fat Burger ini terletak bersebelahan dengan Pusat Permainan 'Indoor' Angry Bird di Johor Bahru City Centre (JBCC) yang baru juga dibuka semula (dulu dikenali sebagai KOMTAR)
Jangan bimbang bagi yang tak minat burger, selain burger terdapat juga menu lain. Ada enam pilihan burger untuk dinikmati dan anda boleh memilih empat saiz burger mengikut saiz perut anda.. hahaha.
Sudah bertapak selama 63 tahun.
Ber'whatsapps' sementara menanti makanan yang dipesan.
'Wefie' sajork!
Western BBQ namanya... pilihan Iman dan babahnya.. Mereka memang tekak sama.
Nganga besar-besar!
Lama tak makan 'onion rings'
Bil... ni bukan nak menunjuk tapi untuk panduan siapa yang nak datang ya.
Kakak dah lalu tapi tak singgah lagi utk makan.
ReplyDeleteMasih belum ada permintaan dari bebudak jadi lalu ajelah.
Insya Allah saya akan balik jb hujung minggu ni...bercuti 5 hari....kalau sempat, mmg akan masuk list JJCM saya lah Fat Burger ni..hahaha
ReplyDeleteVerdictnya bagaimana kakakku?
ReplyDeleteHaha.. lupa nak cerita... antara burger yg tersedap akk pernah makan! Fries & onion rings pun rangup lemak... muailah makan.
Deletesedap ye ..belum mencuba lagi..hihi
ReplyDelete