Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH.. Semalam genap enam tahun Sk berkecimpung dalam dunia blogging. Lama sangat.. kalau anak orang dah masuk sekolah tadika, dah pandai membaca dan mengira. Anak kawan Sk, umur 6 tahun dah masuk pemilihan wakil negeri dalam sukan 'rounders'. Maknanya dalam usia 6 tahun bukan masanya untuk merangkak-rangkak lagi.
Tapi, entah kenapa Sk rasa blog Sk ni bukan sahaja belum pandai merangkak, nak meniarap dan telentang pun masih terkial-kial. Masih macam bayi yang berusia 6 bulan.. hahaha. 'Eh, bayi 6 bulan pun dah pandai duduk Sk oiii'.. Nasib.. nasib. Tetiba sahaja, Sk terfikir untuk menutup blog ini. Sk rasa, cukup-cukuplah menceceh entah apa-apa di sini. Syok sendiri-sendiri. Gelak seorang-seorang.. kui kui. Rasanya zaman la ni.. semua orang lebih seronok ber'fb'. Kongsi semua dalam fb. Cilok idea orang masuk dalam fb. Lepas tu mengaku sendiri punya.. huwa huwa huwa.
Dalam pada nak tutup blog, Sk terfikir pulak. Blog tak sama dengan fb. Di blog, jika ada apa-apa yang kita post, senang kita nak cari balik. Cuma google dan sekali klik terus jumpa apa yang kita mahu. Semua post kita tersimpan kemas macam dalam diari. Kalau nak ingat sesuatu.. selak sahaja posting lama kita tu.
InsyaAllah.. ada kelapangan setiap Jumaat, Sk akan kongsikan ulasan buku. Maklumlah, hari Jumaat tak ada buat apa-apa. Kita duduk goyang kaki sahaja (tipu).
Maria Kajiwa ni pernah masuk TV3, seorg wanita yg pada kakak amat gigih dalam bidang penulisan
ReplyDeleteKalau tengok bilik dia baaaaanyak sangat buku yg dah dihasilkan dan banyak yg bebentuk agama
Mesti novel ini digarap cantik - nantilah kalau ada masa kakak cuba cari.
assalamualaikum sari..mcm menarik jer ni nak cuba cari nanti...:)
ReplyDeleteMcm mn nk beli buku ni?
ReplyDeleteMcm mn nk beli buku ni?
ReplyDeleteSha baru je berjaya memiliki buku ini.. Memang garapan yang sangat menarik..
ReplyDelete