MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, October 1, 2015

DUA TIPS MASAK LAKSA PENANG SEDAP

 Assalamualaikum...
 
 SEORANG rakan sekerja Sk
anak mami
Hartini namanya..
kami panggil Tini
:)))
anak mamikannnn
haruslah terel masak Laksa Penang
hihi
Pada dia
petik jari jer
setakat nak siang ikan sepuluh kilo
atau menyiapkan laksa
untuk 100 orang makan
pejam mata pun boleh
sambil asingkan isi ikan dan tulang
 
kuah laksanya
halus mulus dan lemak
jarang Sk jumpa
kuah laksa yang sesedap
air tangannya
disebabkan itu
Sk selalu pesan
kalau ada kuah laksa lebih
jual dengan Sk
almaklumlah
suami kita anak mamak mami juga
huwa huwa huwa
 
Setakat ini
dah beberapa kali
Sk dapat free
laksa
dan kuah sebaldi
malu-malu  ayam  kucing Sk dibuatnya
dengan kawan Sk yang seorang ni
Sk cuba korek rahsia
keenakan kuah laksanya
 
 
dah ambil gambar
baru perasan
lupa nak letak limau
hahahaha
kuah laksa ni Tini bagi
sebab masa tu
dia sediakan laksa
untuk sesi rewang perkahwinan
saudara ibu mertuanya
tinggal Sk
sediakan mee laksa dan ulamnya sahaja
urmmm.. makin lemak dan malas kita dibuatnya
:p
 
Sk tanya
"Tini.. kenapa kuah laksa kau sedap sangat ya?"
"Kau letak apa?"
"bagilah petua"
 
Tini kata...
Resepi biasa-biasa sahaja
tapi syaratnya...
 
Mesti guna ikan sardin
atau ikan selayang
kerana ikan ini
isinya lemak
dan halus
haaa.. tu tips yang pertama
 
Tips yang kedua :
Rebus ikan dengan asam keping
Bila ikan dah masak
Keluarkan ikan dan asingkan isinya
Air rebusan dan asam keping
Isi ikan dikisar halus bersama air rebusannya
begitu juga tulang ikan
dikisar bersama air rebusannya
secara berasingan
kisar berkali-kali
sampai hancur tulang temulang
kemudian tapiskan kisaran tulang ikan
barulah dicampur dengan isi ikan dan air rebusan
untuk dimasak sebagai kuah laksa
 
Ada tips yang lain ke??
Marilah kongsi dengan kita
:)))))
 
 
 
 

9 comments:

  1. CH pun buat macam tu SK..
    Arwah mak CH yg ajar.. ikan mesti ikan kembung atau pelaling.. memang lemak..
    Lepas tu isi ikan dan tulang ikan blend asing..
    Memang kuah laksa akan jadi halus jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pernah tertulang mkn kuah laksa.. agknya terlepas dari tapis.. hehehe

      Delete
  2. saya pun suka guna ikan sardin sebab lebih sedap. Bab kisar dengan air rebusan ikan tu boleh la try sebab selalu saya guna air biasa. Air rebusan saya campur dalam kuah laksa masa masak. Ada jugak laksa penang orang rebus sekali nenas dalam kuah laksa so ada rasa manis2 nenas tu sedap jugak. Ada just letak masa nak makan. Saya laksa kedah jer.. sebab saya tak makan nenas. Kalau campur dalam kuah tu saya makan la kuah buah dia tak makan jugak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulahhh.. hsbnd akk pun tak makan nenas dlm laksa.. akk sorg yg suka sbb ada rasa manis2.. hihi

      Delete
  3. Kakak memang buat macam tu juga SK
    Ikan pulak kakak biasa guna ikan selayang
    Teringin pulak nak makan laksa; malam tadi nak beli kat pasar malam dah habislah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy memang salute dgn org yg rajin masak laksa ni Kakzakie... sbb sy malas betul bab nak sediakan kuah tu..

      Delete
  4. Gluppp!!! telan air liur tengok gambo laksa tu.... dah duk penang ni pun masih teringat laksa kawan kat KL, sedap sangat!

    ReplyDelete
  5. Blh nangis bila tgk laksa tak kira laksa johor or Penang SK
    Mmg my fav :)
    Tq share tips... selalu guna ikan kembung jer n tulang2 semua buang!

    ReplyDelete
  6. Blh nangis bila tgk laksa tak kira laksa johor or Penang SK
    Mmg my fav :)
    Tq share tips... selalu guna ikan kembung jer n tulang2 semua buang!

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...