I FINE.. THANK YOU.. LOVE YOU

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...

INI Filem terbaru yang Sk tonton walaupun hakikatnya ia filem lama yang ditayangkan pada tahun 2014. Muahahah.. ni dah Februari 2016 Sk.. takkan nak review filem yang dah ditayangkan dua tahun lepas. Eh, suka hati kitalah, blog kita.. hihihihi.


Errr... ada ke siapa kat sini yang pernah menonton filem ni? Best, kannn. Kalau siapa yang suka filem cinta yang kelakar dan dalam masa yang sama membuai perasaan, mesti suka tengok I Fine.. Thank You.. Love You ni. Filem ni filem Thailand. Selalu tengok filem seram dari Thai kali ni kita tengok filem cinta pulak.
 

Ia mengisahkan tentang seorang tutor Bahasa Inggeris bernama Pleng lakonan Preechaya Pongthananikorn yang diminta oleh seorang bekas pelajarnya yang berbangsa Jepun bernama Kaya (Sola Aoi) menjadi penterjemah untuk memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Yim (Sunny Suwanmethanon) apabila Kaya berhijrah ke US untuk bekerja di sana. Tanpa sengaja, Pleng telah bertemu dengan Yim di sebuah cafe berhampiran pusat tuisyennya dan Pleng menyampaikan niat Kaya. Kerana merasakan dirinya dipermainkan dan tidak bersetuju untuk putus dengan Kaya, Yim telah memaksa Pleng untuk mengajarnya Bahasa Inggeris supaya dia lulus dalam satu temuduga yang akan membolehkannya untuk bekerja di US bersama Kaya. 



Haaa.. inilah Kaya, gadis Jepun yang dicintai Yim sehingga sanggup untuk belajar bahasa Inggeris dengan Pleng.  Namun sikap Yim yang tidak mempunyai perasaan serta agak garang membuatkan Pleng cuba untuk menolak tetapi tidak berdaya apabila Yim menggunakan cara kekerasan bagi memastikan Pleng bersetuju mengajarnya Bahasa Inggeris. Akhirnya, Pleng terpaksa bersetuju dengan syarat Yim untuk mengajarnya secara individu di luar waktu pusat tuisyen.


Semasa inilah kita akan disajikan dengan telatah lucu mereka berdua terutama dengan wajah selamba Yim dan wajah stress Pleng kerana mendapat pelajar yang degil seperti Yim. Yim juga suka menakut-nakutkan Pleng dengan cara yang agak prejudis sehingga membuatkan Pleng sentiasa bimbang dan merasakan dirinya tidak selamat ketika berada bersama Yim. 



Dalam masa yang sama, Pleng juga mengajar di sebuah kelas dewasa. Suatu hari, Pleng menyedari salah seorang dari pelajarnya, Khun Prink (Popetorn Soonthornyanakij) menaruh hati kepadanya. Pleng turut tersentuh dengan perhatian yang diberikan oleh Prink terhadapnya dan mula menaruh harapan untuk berpasangan dengan Prink.


Kerana selalu bersama dengan Yim, hubungan mereka sebagai guru dan pelajar menjadi rapat. Bagaimanapun Pleng masih tetap menaruh hati kepada Prink dan ini disedari oleh Yim. Yim yang kecewa apabila Kaya memulangkan cincin yang diberikan kepadanya meminta agar Pleng dapat menyerahkan kembali cincin itu kepada Kaya. Ini kerana Kaya telah menyekatnya dari semua media sosial. Dengan terpaksa Pleng menghubungi Kaya dan terpaksa mengakui bahawa dia mengajar Yim Bahasa Inggeris supaya Yim dapat bersama dengan Kaya di US. Sewaktu itulah Pleng tahu bahawa Kaya sebenarnya telah mempunyai teman lelaki mat saleh. Kerana kasihan dengan kesungguhan Yim untuk kembali kepada Kaya, Pleng membuat helah untuk memulangkan wang Yim (yuran secara personal) dan tidak lagi mahu mengajar Yim.


Kerana terlalu marah, Yim telah mencampakkan semua wang yuran itu ke cermin kereta Pleng. Bukan itu sahaja, semua bahan belajarnya juga berterabur dan ditemui Pleng yang mula menyedari akan kesungguhan Yim untuk membaiki Bahasa Inggerisnya.  


Suatu hari Pleng telah mendapat jemputan untuk menghadiri majlis hari jadi ibu Prink membuatkan hati Pleng bertambah berbunga-bunga. Prink juga membawa Pleng menaiki kapal layar untuk bersiar-siar dan ketika itulah Pleng menyedari bahawa Prink sebenarnya tidak sesuai dengan jiwanya yang gila-gila. Bagaimanakah Pleng memutuskan hubungannya dengan Prink? Dapatkah Yim kembali kepada Kaya? Dan mampukah Yim lulus dalam temuduga itu?


Bagi anda yang sukakan filem yang bergenre komedi romantik, I Fine Thank You Love You adalah sebuah filem yang pastinya membuat hati anda bagaikan ada taman. Filem Thai yang lari dari kebiasaan sebab biasanya produksi Thailand lebih suka menampilkan filem seram kan. Dan awas! Anda mungkin jatuh cinta dengan Sunny Suwanmethanon. Phewww... boleh angau dibuatnya.. hahahaha.  

Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mmg lama sngt tk tengok cerita thailand ni Seri, hanya bila ke salon je sbb tukang potong rambut kaknoor org thailand dia buka cerita thailand tengok je lah best jugak sbb heroin nya lawa dan hero nya macho

    ReplyDelete
  2. hahhahahhaa...sanggup ni ain search balik...hahhahaa... movie ni memang terbaikkk gilerr..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!