Assalamualaikum WBT
SEJAK Restoran Asian Mashita dibuka di Setia Tropika pada akhir tahun lepas, kerap kali lalu jugak vtt restoran dan pelanggan yang makan di sana. Tak silap Sk, sebelumnya tempat tersebut ialah restoran masakan Thai. Boleh dikatakan tiap minggu lalu-lalang depan restoran yang boleh nampak dari highway Kempas ni, tapi tu la.. asal lalu dah kenyang, kadang tu dah ada rancangan nak ke tempat lain. Kadang, ada jugak mengajak PI ke sini, nanti dia tanya, ada makan apa kat situ? Aisehmannn, ni susah nak jawab sebab takut nanti tak kena di tekak dia, hahaha.
Masa Along datang Johor dua minggu lepas, dua kali eh dorang pergi makan kat sini. Terlalu sedap katanya dan harga pun berpatutan. Sk cakap dengan PI, tu la, orang dah ajak tak nak pergi. Lepas tu, beberapa kali PI ajak ke sini, tapi malam la pulak. Tak larat nak bersiap, dahlah jauh dari rumah nak sampai ke Kempas ni. Lagipun, kenalah pakai cantik-cantik sikit sebab restorannya cantikkkk!
Sungguh cantik dan ekslusif dari kemasan lantai, dinding, lampu, perabot dan pinggan mangkuknya. Tengok meja pun siap ada runner ya. Staf pun peramah. Kami datang sini Sabtu lepas, 10 Oktober. Ni memang dari awal la Sk dah cakap, hari ni kita makan dekat Asian Mashita, muktamad, hahahah.
Ada menu set masakan Thai. Macam tak minat sangat nak makan Masakan Thai hari tu.
Kalau nak ala carte tomyam sahaja, ada juga. Boleh pilih tomyam merah atau jernih dengan pilihan lauk aya, udang atau makanan laut.
Pilihan minuman Teh dan Kopi Thai.
Ini pulak 10 hidangan paling popular menjadi pilihan pelanggan di Asian Mashita.
Geram jer tengok Udang Masak Lemak Cili Api tu tau, tapi fikir yang tu biasa masak sendiri, hehe.
Nak Pengat Pisang tapi habis pulak. Sk cadangkan agar semua worang pesan jer makanan masing-masing. Iman tanya, tak nak ambil lauk-pauk ke makan dengan nasi putih? Sk ni kan, sebenarnya macam serik sikit nak order lauk-pauk kampung ni, huhu. Tak pe la, makan sendiri-sendiri jer, hahaha.
Watermelon Juice, Gula Melaka Coconut Milk, Brazillian Lime Juice dan Watermelon Juice serta Mineral Water. Kami memang suka minum banyak, haha.
Hari tu Abang Long tunjuk gambar dia makan itik kat sini ala Chicken Chop ya style dia. Macam teringat-ingat itik Abang Long tu tapi ni Sk pilih itik makan dengan Spicy Lemak Cili Api Pasta. Memang tak menyesal laaa, masak lemak cili apinya pekat melekat dengan pasta tu, sedap pulak tu, cukup rasa pedas, masin dan lemaknya. Tapi itiknya tak la berkeping-keping macam kita makan dekat Halaman atau Richdessert tu. Klik link di bawah untuk baca:
Chinese Style Stir Fried Egg Tofu. Ni pun sedap, isinya ada udang dan cendawan. Cuma yang spoil telur dia tu keras macam telur dadar.
Iman pilih menu Top 10 iaitu Thai Green Curry Fried Rice - Chicken. Tapi, kari hijau tu Iman kata, tak kena makan dengan nasi goreng tu sebab nasi goreng tu pun dha sedap, nanti ia hilang rasa nasi goreng. Nasi goreng datang bersama keropok moni, salad dan telur dadar gulung.
PI makan Nasi Goreng Kampung yang datang bersama keropok moni, salad, sambal belacan dan telur mata. Sambal belacan dia rasa sambal belacan melayu. Dua-dua nasi goreng sedap, rasa yang berbeza ya. Kadang, pernah jer makan tempat yang nasi goreng nama lain-lain tapi rasa sama.
Sepatutnya Mushroom Soup ni pembuka selera la, kan.. tapi main course yang sampai dulu. Jadi, ni makan last, hehehe. Rasa Truffle Mushroom Soup ni sedap biasa aje la, macam rasa sup cendawan dalam tin.
Kita bergambar sikit la.. PI kalau diajak selfie memang suka buat muka cam tu, sabar aje la kan.
Sangat suka la makan kat sini, nanti kita datang lagi eh Pak Inche!!!

















Comel je garlic bread tu.
ReplyDeleteNampak gaya macam PI approved tempat ni SK. Confirm boleh repeat hehe...
ReplyDeleteBukan PI je approved ni...SA yang tgok semua gambar pun SA approved...boleh masuk wishlist
ReplyDelete