NASI LEMAK BERAS WANGI SAMBAL UDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


NAMPAKNYA PdPR bersambung lagi susulan penutupan Institusi Pendidikan akibat jerebu dan kelas diadakan secara dalam talian dalam tempoh seminggu lagi. Aduhai, dahlah dah nak hujung-hujung tahun ni, kan. Ada yang nak periksa dan nak menyelesaikan sylibus. Semoga dipermudahkan la urusan semuanya. Sk yang tak ada anak sekolah ni tak apalah kot. Tengok ramai yang merungut terutama ibu bapa yang bekerja. Kalau kerja yang boleh bawa anak ke pejabat tu mungkin tak ada masalah. Yang tak boleh tu, haaaa.. pening!



Kisah pagi ni, Sk pagi-pagi dah menyambal udang. Ni PI la, semalam dia kata pagi ni nak ke pasar tani, brisk walk dan beli sarapan. Tapi, lain yang jadi. SK tengok dia buka laptop pulak, tak jadi ke pasar tani. Habis tu, nak sarapan apa kita ni? Nasi sejuk pun tak ada kalau nak buat nasi goreng. Sosej ada, takkan makan sosej semata, telur semua habis, hahah. Hurmm, masak nasi lemak aje la. 

Sebab tak ada telur semua tu, kita masak lauk Sambal Udang. Cili giling tak ada pulak, kenalah masak from the scratch. Rebus cili kering, kopek bawang. Cili tu Sk tak gunting buang biji pun, tak sempatttt. Sambil rebus cili, sambil kopek kulit udang. Udang tu beli dekat Pendas yang Sk cerita hari tu. 



Minggu lepas masak nasi lemak jugak, kan.. tapi tu pakai beras basmathi Faiza. Kali ni guna beras wangi Jasmine. Kalau beras basmathi, sukatan cecair kena dua kali ganda, beras wangi pulak kena ikut nisbah 1:1. Kalau tak nanti lembik jadinya. SK masak nasi lemak, guna santan kotak aje la. Mana nak cari kelapa parut pagi-pagi, bukan rajin ke kedai pun. Kalau rajin, memang keluar jer tadi cari sarapan, hehehe.

Alhamdulillah.. kenyanglah sudah rakyat jelata. Marilah kita jadi tapak Sulaiman 🤭.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Plan nak masak nasi lemak minggu ni pun tak kesampaian. Malas punya pasal.

    ReplyDelete
  2. Kita baru beli udang, ingat esok pagi PDPR lagi. Rupanya anak² kena balik asrama hari ni 😅
    Tak jadilah nasi lemak sambal udang utk bekfes esok huhu

    ReplyDelete
  3. "Kalau beras basmathi, sukatan cecair kena dua kali ganda"
    Terima kasih.... baru tau formulanya 😀

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!