MASAK SOTONG PAPRIK, BABY KAILAN & OMELETTE

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


WALAUPUN dah dua hari hujan di Tanah Jauhar ni, langit nampaknya masih belum biru. Iman kata, dah lama tak nampak awan. Apa taknya, langit dan awan sama warna dah, warna kelabu cerah. Pagi-pagi lagi la, kabus campur jerebu dan pandangan pun terhad. Ni kalau nak berada di luar, eloklah pakai topeng sebenarnya. Tapi, topeng pun dah tak ada stok. Kena beli la, udara tercemar sekarang. Dahlah oksigen pun dah ada yang claim dia punya. Ghisauuuu.. hahaha.


Kisah isnin minggu lepas, 5 Oktober 2026. PI minta masak nasi dan panaskan lok lam (lauk left over). Habis dah sakit baki lauk dalam esbox tu, nak masak lauk baru ambil masa nak defrost. Ada Sambal Daging, tapi tinggal sikit. Sepanjang perjalanan balik dok berfikir nak masak apa, hurmmm.. masak Sotong Paprik aje la senang.



Kebetulan ada belen brokoli, side dish masa masak steak hari tu, Sk campak la sekali dengan sotong dalam kuali. Masak Paprik cara Sk ni senang la jugak dan mereka pun suka. Asyik masak Sambal Sotong pun muak juga. 

Hari isnin tu jugak merupakan hari pertama Iman bekerja di pejabat baharu. Seperti sebelum ini, Iman bekerja di Manufacturing Industry di department Sumber Manusia. Alhamdulillah, kali ni gaji yang ditawarkan lebih berbaloi dengan tempoh bekerja, kurang tekanan dan lebih dekat dengan rumah. Nampak happy la Iman kat tempat baru ni, balik tu ceria aje. Kalau tak, kita pun ikut stress menengoknya.



Sayur Baby Kailan ni PI dah beli minggu lepasnya dua bungkus, sebungkus dah masak. Ni kita campak tomato cherry pulak. SK cuma tumis bawang putih dan masukkan sos tiram je.


Omelette atau Telur Dadar. Sekarang buat telur dadar Sk suka letak tepung jagung dan sos ikan, tak letak garam. Nak dapatkan tekstur gebu tu, minyak kena lebih dan biarkan betul- betul panas, tuang telur yang dipukul setompok-setompok dalam kuali. Nanti dia jadi garing dan gebu. Aaa.. inilah punca telur cepat habis sekarang ya, hihi.



Malas nak masak sebenarnya tapi lagi malas nak bersiap keluar makan. PI pulak nak tengok bola live kat TV. Dalam pada malas nak masak, siap jugak tiga lauk. Syukurrrr.
 Alhamdulillah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita jarang sangat masak paprik tau, sekali nanti nak try laaa.. jiwa ni rasa gentar takut paprik jadi masak kicap hahahaha

    ReplyDelete
  2. Eh cadangnya nak masak paprik juga mlm ni. Tapi paprik ayam la, sotong takde.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!