Assalamualaikum WBT
SUNYI betul kolej nampaknya bila kuliah dibuat secara online. Nampaknya, ramai yang memilih balik ke rumah berbanding menginap di asrama. Adalah beberapa orang yang tak balik, Sk tanya, kenapa tak balik. Mesti tak nak tolong mak pergi kedai ek, hehe. Zaman sekarang ni masih ada lagi ke yang suruh anak pergi kedai? Kalau Iman tu, memang tidak la dia ya. Tak macam zaman SK dulu, muka Sk ni la yang selalu kena pergi kedai, huhuhu.
Baiklah, cerita makan di kedai lagi sebab malas masak dan tiada idea nak masak. Ni, Sk dan PI berdua sahaja pergi makan di Restoran Ainoni pada 7 Oktober, Iman kena kerja overtime. SK tanya dengan PI, dia nak makan apa kat Ainoni? PI tanya Sk balik, nak makan apa? SK nak makan Kuey Teow Celup.
Lepas tu, PI kata, dia nak makan nasi putih, tomyam, telur dadar dan lauk la gitu. SK cakap, kalau macam tu, Sk pun makan nasi aje la, jimat. Ehhh, PI kata, jangan. Sebab dia nak makan tomyam tu sorang. SK makan la Mee Celup. Sabar aje laaa. PI pesan Tomyam Putih Seafood. Dalam tomyam ada udang, sotong, kupang dan ketam.
Sotong Paprik kegemaran PI. Selain tu, ada telur dadar, sambal belacan dan ulam timun. Sayur jer la PI tak order.
Meriah meja. Kueyteow celup di Ainoni ni memang tak mengecewakan la. Untuk Iman kami tapau Pulut Mangga dan Bihun Goreng Tomyam atas permintaan dia jugak. Tapi, bihun dia tak jadi makan sebab kenyang makan Pulut Mangga.
Semua makanan tadi termasuk segelas jus tembikai dan segelas jus nenas, RM65.
Ni pulak kejadian esoknya, 8 Oktober, Sk dan Iman ke Der' Cabin Bistro, masa ni PI ada bola di Stadium Sultan Ibrahim. Untuk rekod, malam tu, Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan PKR Svay Rieng FC dengan keputusan 6-0 pada perlawanan Kumpulan B Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2026/2027.
SK nak ke Der' Cabin Bistro ni sebab teringin nak makan Alfredo Pasta tapi sold out. Puas memikio, last-last pilih Salted Egg Chicken Pasta ni. Pada mulanya risau tau, takut masin ke apa, nasib baik okey. Bukan saja okey ya, tapi sedap sangat bagi Sk yang suka creamy-creamy ni. Sk request spicy dan walaupun tak la begitu pedas tapi puas hati.
Iman pilih Creamy Tomyam with Grilled Chicken. Ni bagi Sk kurang rasa tomyam dia, lebih kepada creamy. Kedua-dua pasta ni ada chicken chop ya, perapan chicken chop ya sedap. SK tak pasti kalau perapan chicken chop untuk Creamy Tomyam ni ada rasa tomyam ke atau sama dengan Sk punya, lupa pulak nak rasa ayamnya.
Buffalo Chicken Wings untuk appetizer la konon, tapi semua makanan sampai saing, makan aje la sekali. Dah.. Sk cakap dengan Iman, banyak betul Sk makan ayam hari tu, dari pagi ya Sk dok makan ayam. Pagi tu Sk sarapan Soto Ayam, tengahari pergi Syurga Dessert ingat nak beli sushi tapi tak ada, jadi Sk beli Nasi Ayam Buttermilk. Ni malam makan ayam lagi, nasib esok paginya bangun tak berkokok, hahaha.
Disebabkan banyak sangat ayam, maka Buffalo Chicken Wings tu bawa balik separuh, tak ingat la berapa ketul. Suruh PI habiskan, rupanya PI balik bawa burger legend.
Dekat sini, servis memang baik punya ya, dari kita masuk restoran sampai la kita balik, sentiasa dialu-alukan.
Esoknya tu, pagi-pagi Sk panaskan bihun tomyam dan ayam dalam rice cooker, bawa bekal sarapan di office. Begitulah Sk, dah sign darah kontrak Majlis Bandaraya, heheheh.













Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih