Assalamualaikum...
BUNYI Sang.. sang.. dah macam bunyi haiwan purbakala.
Ingatkan apalah yang Iman beriya-iya cerita.. rupa-rupanya.. Cafe Sangkaya yang menghidangkan pelbagai jenis dessert berasaskan kelapa.
Signature-nya tentulah aiskrim kelapa yang dihidangkan dalam tempurung kelapa
bersama isi kelapa muda yang tak seberapa
dan dihias dengan topping pilihan kita.
Kalau ikutkan ais krim kelapa ni berasal dari Thailand..
yang ini tak silap Sk, brand dari Malaysia, maafkan kalau salah ya.
Iman ni, kalau nakkan sesuatu.. dia akan nyanyi kat telinga kita hari-hari.
Dia akan bagi macam-macam kiasan.. dia tak minta beli (secara terus-terang)
tapi dengan cara memancing-mancing.. gitu.
Macam sangkaya ni.. Sk perhatikan,
dia selalu 'stalk' ig hashtag #sangkaya
nanti dia ceritalah dekat Sk..
artis tu makan.. artis ni makan.. urmmm.. gitu.
Alhamdulillah.. bila dah dapat dia akan senyap dan tak sebut-sebut lagi. Kita pun lega.. takut jugakkan melelehhhhh ailio anak kita karang.. hahahahah.
Aiskrim ini terdapat dalam tiga perisa iaitu original, teh tarik dan teh hijau.
Rasanya antara ketiga-tiga tu, original yang paling sedap.
Omey angat nihhh
nak makan tu pelan-pelanlah ya biar berbaloi
huwa huwa huwa
Pilihan Iman..
semestinya original
Wassalam.
huhu...bape harga satu tu kak?
ReplyDelete