MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, April 11, 2016

KOPI KEJU CAFE

Assalamualaikum...
 
ENGKAU suka kicap
Ku suka keju.. ju.. ju...
Hehehehehe...
 
Ramai yang kata..
Johorean kalau tak cecah goreng pisang dengan sambal kicap
tak sah
Sk pun sama
tapi sejak diperkenalkan Iman
dengan Pisang Kejuk ni
pandangan Sk dah mula berubah
tekak Sk dah mula beralih arah
yang pastinya
diet makin parah
muahahaha.
 
Siapa yang pernah baca
Sk kalau nak makan pisang keju
Sk tapau goreng pisang
sampai rumah tuang susu pekat manis
tabur chocolate rice
dan parutkan keju cheddar
kedek sungguh
huhuhu
 
 
Bila Iman suarakan
nak makan pisang keju
yang original
memang bolayan laa
sampailah guru tuisyen Iman
yang membelanja
bertuah punya bonda.. huwa huwa huwa
 
Sedapppppp bonda,
kata Iman.
Rangupppp..., kata Iman lagi,
walaupun dia cuma dapat menjamahnya menjelang petang
selepas kelas tuisyen tamat.
 
Hari-hari nyanyi kat telinga
pasal Pisang Keju
dan akhirnya Sk tergoda
dan teruja
 
Dua minggu lepas
Sk mencari-cari di mana letaknya cafe Kopi Keju
tapi tak jumpa
tak terfikir nak cari lokasinya di ig
 
 
Akhirnya.. jumpa juga
Kafe Kopi Keju
yang terletak di Taman Daya
kafe comel bersebelahan salon rambut
kalau ramai kenalah tapau
nasib baik tak ramai orang
yang singgah makan
kebanyakannya lebih suka tapau
bolehlah kami duduk makan
menikmati
kopi dan keju
 
sepanjang di sana
yang pastinya pelanggan tidak putus-putus
datang dan pergi
 
Lebih 20 perisa
yang boleh anda pilih
di Kopi Keju
tapi tidak boleh campur
kalau nak cuba banyak jenis
kena datang banyak kali.. hihihi.
 
Rainbow ni pilihan Iman
bagi yang tak sukakan manis
Pisang Kejuk mungkin tak sesuai dengan tekak anda 
 
 
Capucino pilihan Iman
semestinya seorang ibu mengalah apa saja
mengikut tekak anaknya
dan juga suaminya
tak gitu...
 
 
Senyum lebar Iman
apa sahaja kehendak diturutkan
supaya hati anak tak kecewa
dan dirundung duka
 
 
Tengoklah tu
mengadap coklat memang kesukaan Iman
walaupun selalu ditegah
jangan selalu
tetap juga itu yang dia mahu
 
 
Kopi Keju
Pilihanku
 
 
Air apa warna biru???
Ambil dari ig kopi keju
 
 
Yang nak cuba
ini alamatnya
tutup setiap hari rabu ya.
 
Wassalam 

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...