Assalamualaikum...
ORANG lain semua dah sendawa panjang
menikmati Ayam Sambal Bali ni
tapi Sk baru sahaja diberi rezeki dan kesempatan
untuk memasaknya malam tadi.
Sebenarnya bukan tak teringin
tapi stok serai selalu tak cukup
begitu juga daun kari
maklumlah
orang yang ada M besar macam Sk ni
jangankan pokok serai..
atau pokok kari..
pokok bunga ke'embung yang main campak-campak tu pun
tak ada di halaman rumah
mih mih mih
Sk pasti ramai yang tahu tentang Ayam Sambal Bali
yang viral di fb
hasil perkongsian FB Puan Aisha Shukor
yang dikatakan resepi turun temurun keluarga di sebelah mamanya
menurut Puan Aisha, ini adalah hidangan wajib setiap kali raya
15 ekor ayam.. licin..
wallaaaaaaaaa...
Sebelum Sk teruskan,
marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah
buat Arwah Mama Puan Aisha Shukor
Allahyarham Hamidah Adam
Al-Fatihah...
Aminnnn Ya Rabbal Alamiinnn.
Sk perhatikan
resepi ayam sambal bali ini
tidak jauh bezanya dengan ayam sambal yang biasa Sk masak
cuma uniknya
penggunaan banyak serai
dan paling unik yang tak pernah Sk letak bila masak sambal
adalah daun kari
sebab tu Sk pastikan juga
semua bahan lengkap
sebab tak mahu rasanya lari
atau sama sahaja dengan ayam sambal yang biasa Sk masak
untuk rujukan di masa akan datang
Sk catatkan resepinya di bawah...
Ayam Sambal Bali
Seekor ayam (Sk potong 12)
perapkan seketika bersama
1 sk serbuk kunyit
1 sk garam
Segenggam cili kering*
6 biji bawang besar (merah)*
1 labu bawang putih*
sedikit sahaja halia*
belacan sebesar setengah ibu jari*
Kisar halus bahan bertanda *
8 batang serai dititik
6 tangkai daun kari
Kicap Tamin beberapa renjis (Sk guna kicap manis)
2 camca kecil garam (Sk tak berani letak 2.. letak 1 camca sahaja)
3 sb gula
Caranya :
Goreng ayam sekejap sahaja (Sk goreng 5 minit di setiap bahagian dengan api sederhana kecil dan angkat sebab nak dapatkan ayam ber'juicy' gitu)
Kurangkan minyak goreng ayam,
masukkan serai.. goreng sampai bertukar warna keperangan dan wangi
masukkan daun kari.. goreng lagi hingga bertukar warna dan naik bau.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar
goreng (tumis hingga naik minyak)
renjiskan kicap sehingga bertukar warna maroon
masukkan garam dan gula
gaul rata dan masukkan ayam
masak lagi 10 minit
(Sk tambahkan masa 20 minit)
Macam biasa, Sk derhaka sikit bab bahan kisar tu
Sk gunakan stok cili dan bawang kisar yang dah siap dalam peti sejuk
Sk letak dalam satu setengah cawan jer..
lain kali rasanya kena lebihkan dalam dua cawan
sebab Pak Inche komplen tak berkuah
laaa.. dah namanya sambal
memanglah tak berkuah.. kan.. kan..
tapi sedapppp.. ayamnya lembut dan berjus tau
disebabkan cili kisar Sk tak ada bawang putih
dan belacan
jadi Sk cuma ketuk-ketuk bawang putih
masukkan selepas daun kari wangi
hancurkan pula belacan
dan tumis bersama bahan kisar tadi
rata-rata komen di fb
menyatakan masakan ini sangat sedap
Sk akui
10 bintang okehhhhh!
Jumpa esok.. insyaAllah
Wassalam
Sekejap hari itu sana-sini buat sambal bali ini kan
ReplyDeleteKakak sampai sekarang tak terbuat lagi
assalamualaikum SK...wah mmg terbaik la....cedapnya...;)
ReplyDeletepuasa2 ni duk jamu mata dgn makanan sedap2...tertelan air liur aihh
ReplyDelete