Assalamualaikum...
MEHLA kita cerita pasal makan lagi. Memandangkan Jumaat adalah hari yang super busy buat Sk, jadi cerita Sk ringkas~ringkas jer la na.. Asalkan ada santapan mata buat pembaca Sk yang rehat panjang pada hari Jumaat ni. Ececeh.. Macam ramai beno pembacanya yek.. Hihi.
Ini kisah malam tadi. ER balik bawa taugeh katanya nak goreng. Lepas tu dia terus ambil mangkuk kerang yang tak habis semalam. Sambil dia kopek kerang, Sk suaplah dia goreng pisang yang ditapaunya. Manja bebeno.. Itulah Pak Inche kita. Sambil tu Sk cakaplah.. baru berangan tak nak masak.
"Cam tu.. Jom kita makan kat Ejohng, " kata Pak Inche.
Memang dah berapa hari dia dok tayang page Ejohng Concept tu kat fb ngan Sk. Tapi, Sk ni kan kadang~kadang malas nak layan sebab kebanyakan cafe-cafe ni indah khabar dari rupa.
Jadi.. Teruslah simpan semua dalam esbok. Jomlah kita ke Ejohng Concept yang taglinenya.. 'Kualiti Hotel.. Harga Restoran' gituuu.
Ejohng Concepts ni terletak
di Taman Sri Pulai Perdana, Kangkar Pulai. Tak sangka, ada restoran berkonsep macam ni di sini sebab selalu bawa kereta tak tengok kiri kanan.. hahahha.
Tempat ni selalu full house jadi kena datang awal la. Tapi rasanya kapasitinya agak besar jugaklah sebab ia merupakan bangunan corner lot.
Menunya terdiri daripada pelbagai jenis masakan western dan local.
Kami tak lama memilih sebab memang dah plan awal apa yang nak dimakan setelah membelek signature dish restoran di fb page.
Minuman yang menjadi pilihan jarang sekali beralih arah.
Vanilla Shake untuk Iman
Ice Lemonade untuk ER
dan Honey Ginger Tea untuk Sk.
Honey Ginger Tea tu bagi Sk rasa macam Teh O biasa jer dan terlalu manisssss.. aduyai.. sampai tak habis minum. Kalau tambah air pun mungkin terus hilang rasa halia sebab dalam keadaan tu pun tak ada rasa halia.
oh ya, Sk memang jarang mintak tukar minuman kalau tak puas hati kecuali kalau minuman tu memang betul-betul basi.
Pilihan Sk
Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Masakan yang dah lama Sk mimpi-mimpi.
DSMLCA ni dihidangkan bersama nasi putih, salad dan keropok moni.
Dagingnya adalah dalam lima helai kot selebar dua jari. Harganya RM10.90.
Nak tahu sedap tak sedap teruslah baca sampai bawah ya.
Pak Inche kita minta
Nasi Ayam Hainan.
NAH ni ada dua versi katanya, satu versi panggang yang ini versi kukus.
Harga berpatutan RM6.00.
Supnya tu.. tak boleh telan.. rasa herba dan manis. Tapi nasi dan ayamnya sedap. Walaubagaimanapun, ER kata sedap lagi nasi ayam Sk masak.. ececeh.. ngampulah tu.
Tapi dia kata sungguhlahh.. mana ada ngampu.. hihi.
Inilah makanan yang membuatkan ER beriya-iya nak ke Ejohng.. Mee Kolok.
Mee Koloknya dikatakan terbaik.. urmmm.. betul ke???
Mangkuk Mee Kolok.
Perhatikan kedudukan sudu tu dan faham-faham sahaja. Kami kongsi habiskan bertiga sebab tak mahu membazir.
Tak habis jugak benonya..
Pinggan nasi Sk..
memang licin.. walaupun sebenarnya tak sedap.
Jangan membazir katanya.
Sk rindu DSLCA di Rebung dan Cawan.
Pilihan Iman.. Lamb Chop.
Daging kambing yang dipanggang sempurna dan dicurahkan sos lada hitam yang sedap.
Rasa lada hitamnya seimbang.. tak terlalu keras.
Dihidangkan bersama jagung. salad, tomato dan kentang putar yang halus berkrim.
Rasanya ini adalah kepakaran mereka yang sebenar iaitu hidangan western.
Ini Iman bagi 5 bintang.. hehehehe.
Oh ya, di sini 'soft drinks' percuma ya. Nak minum berapa banyak pun boleh tapi kena layan diri la. Bubur nasinya cuma RM1 sahaja, jadi siapa yang ada anak-anak yang belum tumbuh gigi tu atau demam nak makan bubur tu bolehlah kan.. hihi.
Jumpa lagi.
Wassalam.
Assalamualaikum SK...ada sedap ada x yer...mama pun pernah kena dulu...apa yg diorder x dpt berkali bagitahu masih x dpt juga...ada masukkn dlm blog buat entri x puashati...
ReplyDeleteHmm.. dah tahu lain kali order yg western ajelah kalau berkunjung ke sini..
ReplyDelete