Assalamualaikum
SEGALA puji bagi Allah swt
tahun ini Sk masih diberi peluang untuk meraikan Syawal
bersama ibu tersayang
Pak Inche dan Iman
Angah, Azwa, Aini
abang dan adik ipar
anak-anak saudara
serta bapa saudara dan sepupu-sepupu
di Tanah Jauhar.
Ya, tahun ini giliran kami beraya dahulu di tanah bertuah
Johor Darul Ta'zim.
Cadangnya tidak pulang ke kampung ER
tapi malam selepas berhari raya (malam raya kedua)
kami tiga beranak pulang juga ke utara
bagi mengelakkan Johor bah.. hahahaha.
Di kesempatan ini,
Sk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
kepada semua pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar
sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau terkasar bahasa
sepanjang Sk menulis di sini
maklumlah.. orang kata
lidah tak bertulang
sekarang ni dah tukar
jari-jemari terlalu runcing
sampai menikam hati hingga ke jantung
Kepada semua pelanggan Sk
terima kasih atas sokongan dan kepercayaan anda
terhadap diri yang serba kekurangan ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt
dan yang buruk itu dari Sk sendiri
Salam 7 Syawal
terimalah kemaafanku yang terlewat
Wassalam
p/s nanti kita sembang pasal makan-makan dan raya di utara pulak ya
salam aidilfitri...maaf zahir n batin
ReplyDeleteSelamat Hari Raya SK
ReplyDeleteMaaf zahir batin..
Balik kg moment indah - rugi kalau tak balik kan.
Singgah sini.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.. =)
Wah kak...pink gitew. Pwincess okeh. I liikkee sangat. Selamat Hari Raya ya kak
ReplyDeleteselamat hari raya kak sari...
ReplyDeleteSelamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin ;)
ReplyDeletesalam aidilfitri kak
ReplyDeletemaaf zahir n batin
salam aidilfitri kak..:)
ReplyDelete