Assalamualaikum...
RABU lepas, sengaja Sk mengambil cuti sehari bagi menyiapkan tempahan cheese tart.
Seperti tahun lepas, Sk sekali lagi tak membuka tempahan secara umum
cuma kepada pelanggan tetap sahaja.
Itupun amatlah terhad.. kalau tahun lepas tiga hari juga Sk ambil cuti
tahun ini cuma sehari sahaja.
Jadilah.. sebab memang tak sampai hati nak tolak.
terpaksalah buka baking studio sekangkang cicit kera ni
jenuh jugaklah nak keluarkan segala makneka acuan-acuan dan dulang-dulang pembakar
dan mesin yang lama bertapa dalam kabinet
keh keh keh
Mujurlah ada mesin tekan tart ni tau
sekali tekan terus siap lima biji
sepuluh kali tekan dapat lima puluh biji
dua puluh kali tekan dapat seratus biji
:)))))
Iklan : Siapa nak tempah mesin tart jangan lupa
whatsapp 0127844524
sms 0127844524
telefon 0127844524
Disebabkan Iman sekolah
Sk mengadap sorang-sorang enam adunan kulit tart
dari lepas sahur tu.. kita bancuh dulu semua adunan
kemudian rehat-rehat sekejap
dalam berehat tu sebenarnya cuci kain (mesin cuci)
lepas tu sidai kain
lepas tu barulah mula membuat kulit tart
tak sampai tengahari semua kerja dah selesai
hebat tak hebat la..
terima kasih kepada tukang yang mencipta mesin kulit tart ni
sayang seribu kali sayang kerana ianya tidak di'patern'kan
Senang kerja Mak Inche
tapi tulah.. la ni tak banyak masa lapang macam dulu
walaupun guna mesin ni sekejap jer siap
tapi masa yang sekejap tulah tak ada
huhuhu
Dulang-dulang yang banyak berjasa
sampai kemik-kemik dibuatnya
maklumlah guna dulang murah-murah je
Malam sebelumnya inilah juadah berbuka kami
sebab Pak Inche ER ada majlis berbuka
naik tocanglah bonda ajak Iman makan maggi sahaja
Jangan tak tahu Iman tu penggemar mee segera
pantang dipelawa
sebab selalu tu tak dapat aje bila diminta
Pesan Iman, nak minum teh tarik
biar meletops dilawankan dengan Maggi Goreng Berasap
memang berasap esoknya dekat sekolah mengadu sakit perut
aduyai..
lepas ni no maggi
no tarik tarik
okeyyyy Iman!
ooo...mcm tu buat kulit tart
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri
maaf zahir & batin
Love,
Lya Afrina
Selamat menyambut lebaran.
ReplyDeleteRindunya dengan johor. Kena tempeh sesiap cheese tart akak kalau saya turun johor. Kecur tau...
ReplyDeleteEh, Adam pun sama kak oiii. Hantu maggi. Asal maggi jer..berselera sangatlah dia.
Selamat hari raya SK..
ReplyDeletePembantu yg setia dan cepat ye SK..
Senang dah nak buat tart tu kan..
Makan kat kedai ke maggie tu SK..
Sampai sakit perut iman tu..
Assalamualaikum
ReplyDeleteSalam Idilfitri. Bagusnya sudah ada mesin tart gitu ya...