Assalamualaikum...
LAGI beberapa hari sahaja kita akan menjengah ke tahun baru 2017. Wawawa.. cepatnya dah tahun baru, rasa macam baru jer tempah baju-baju sekolah Iman tahun lepas tetiba hari ini kakak tailor dah bagi baju baru untuk dipakai Ahad depan, hihi. Tahun depan Iman akan masuk ke tingkatan 4, Alhamdulillah. Sekejap jer masa berlalu, rasa macam baru jer hantar dia masuk tadika. Disebabkan Sk kesuntukan masa jadi entry hari ini Sk akan masukkan semua peristiwa yang berlaku sepanjang Disember 2016 yang SK ingat dan yang pastinya paling penting. Entry ni agak panjang, siapa yang suka baca tu bolehlah baca berdikit-dikit.. kah kah kah. Ada ke yang suka???
LAGI-LAGI MELAKA
Kami ke Melaka lagi, seminggu selepas menghadiri jemputan perkahwinan anak sepupu Sk dalam post sebelum ini. Kali ini pergi semata-mata nak pekena Coconut Shake Klebang dan makan nasi lemak ikan bakar di Anjung Batu... trip sehari yang memenatkan tetapi enjoyyyyyy! Perjalanan yang tidak dirancang sebenarnya. Sebelum ke Melaka tu kami singgah ke bank kononnya ER nak tukar kad atm yang viral katanya kena tukar. Setelah mendapat penjelasan yang melegakan dari pegawai bank yang menyatakan cuma pengguna kad debit sahaja yang wajib tukar, kami terus menuju ke kedai mamak berhampiran untuk bersarapan. Lepas sarapan tulah.. tetiba sampai ke Melaka, hahahaha.
Sementara menunggu kedai ikan bakar buka, kami mengambil kesempatan untuk window shopping dan membeli kasut sekolah Iman di AEON Bandaraya. Selepas memilih dan mencuba saiz yang sesuai, promoter kasut tu menyuruh kami membayarnya dulu sebelum datang semula mengambil kasut. Jadi lepas bayar tu, kami pun pergilah ambil kasut. Lepas tu jalan-jalan lagi berkenanlah pulak dengan beberapa kedai pakaian plus size di sini, sangkut jugaklah dua tiga helai.. hahahah.
Esoknya tu, Iman kononnya nak cat walk dengan kasut baru kan.. tetiba rupanya kasut tu dua-dua belah kanan.. aduyaiiiii. Tu satu, masalah yang kedua, kasut satu saiz 7 satu lagi saiz 5.. fuhhhhhh! Kami kemudiannya menelefon AEON meminta penjelasan. Pada mulanya mereka meminta tempoh 48 jam tapi ER paksa untuk selesaikan hari itu jugak. Dapatlah kami membuta pertukaran di AEON Tebrau pada hari itu juga, syukur dipermudahkan.
Sejak berpuluh tahun lalu memang suka makan Ikan Bakar Anjung Batu. Seperti biasa setiap meja akan dihantar nasi lemak bungkus, jeli kelapa, tapai ubi dan tapai pulut serta otak-otak.
Selalu pilih ikan jenahak, kali ni nak makan ikan siakap pulak.
Kepah Retak Seribu Goreng Cili
Sotong Goreng Tepung ni kalau tak buat SK merajuk tau, hahaha
Ini kalau tak ada, ER pulak merajuk, huhu
Ambil udang enam ekor jer, sorang dapat dua.. burpppp! Alhamdulillah.
PT3 2016
Alhamdulillah.. Keputusan peperiksaan PT3 akhirnya diterima juga dalam paksa dan terpaksa.
Walaupun keputusan Iman agak baik tetapi ada juga yang tersasar dari target. Namun bak kata orang sekarang, PT3 bukan penentu segala.
Malam tu, ER mengajak kami ke HotPot Pondok-Pondok Cafe bagi meraikan Iman.
Sebelum ini SK pernah menulis tentang HotPot Cafe tapi kali ini HotPot telah berpindah kedai ya, bukan di tempat dulu lagi. Kedai ini terletak di bangunan kedai baru berhampiran dengan AEON Taman Universiti.
Iman nak makan apa, cakap aje.
Terus Iman mintak Dulang Western.. hohoho.
Sedap sangat dan memenuhi citarasa kami.
Setiap dulang western ini mengandungi Lamb Grill, Fried Chicken Chop, Kentang Goreng, Coleslow, Salad dan dua jenis sos. Harga RM49.90. Boleh makan 3 - 4 orang.
Seperti biasa Iman sangat sukakan Ice Blended, pilihannya kali ini Chocolate Banana.
ER kata nak makan Mee Udang jugak. Okey, ni mee udang biasa harganya RM9.90 (tak silap) tapi rasanya sangat-sangat sedap.. sungguhhhh.. tak tipu. Berbeza dari mee udang yang pernah Sk makan di restoran ini dalam post yang dulu. Malam tu semua tidur kekenyangan, hahahaha.
BENGKEL PEMBANGUNAN SOALAN DI CAMERON HIGHLANDS
Esoknya, Sk dan seluruh warga kolej terlibat dengan trip melancong sambil berbengkel di Cameron Highlands, Pahang. Fuhhhh, pukul 4 pagi dah mandi sebab Rombongan Cik Kiah akan bertolak pada jam 5.00 pagi. Dua tiga hari sebelum bertolak, macam-macam pesanan yang Sk tinggalkan untuk Iman... huhuhu.
Teruja sangat dengan bengkel ni sebab Sk tak pernah ke Cameron Highlands. Rasanya kalau tak kerana trip kolej ni, sampai ke sudahlah Sk cuma tengok CH dari gambar-gambar sahaja, hahaha.
Sepanjang tiga hari di sini, kami menginap di Nova Hotel & Residents yang terletak di Brinchang. Menurut katanya, ini adalah antara kawasan yang paling sejuk di CH ditambah lagi dengan cuaca yang hujan sepanjang kami di sini. Brrrrrrrrrr.. air paip dari tandas macam ada ais woooo sebab tiada heater kan untuk air tandas. Cuma sinki dan shower sahaja yang ada heater.
Aaaa... cantik sungguh tempat penginapan yang disediakan. Setiap kami ditempatkan di sebuah apartment tiga bilik, dua bilik air dan setiap apartment berkongsi 6 orang. Ruang tamu yang besar dan selesa serta balkoni untuk menghirup udara sejuk yang menyegarkan.
Kalau nak buat kenduri senang ni, hahahaha.
Laju-laju cop Master Bedroom.. hehehe. Macam biasa lepas masuk bilik, Sk akan keluarkan baju-baju dan gantung dalam almari. Apa kata orang tu, buat macam rumah sendiri.. gituuuu.
Bilik air yang bersih dan selesa tapi sayangnya housekeeping tak lap betul-betul dinding bilik air dan kepala-kepala paip. Begitu juga dengan tangki air juga tak dilap bersih. Yang paling haru, pekerja housekeeping tak bersihkan bilik langsung pada hari kedua sedangkan sepatutnya setiap bilik perlu dibersihkan setiap hari termasuk menggantikan tuala, betul tak? Haa.. itulah yang tak best.. mungkin mereka kekurangan pekerja.
Dapur yang lengkap dengan segala kemudahan. Kawan Sk petang hari pertama tu terus beli keledek dan memasak guna mocrowave. Haaa.. sedap rupanya keledek rebus macam dalam cerita Korea tu ya.. serius, Sk pertama kali makan, hahaha.
Acara bebas sebelum mendengar taklimat di sesi malam. Kak Min (sebelah Sk) tulah yang rajin rebus keledek, hehehe.
Tengok-tengok dulu.
Bagi Sk harganya agak mahal jugak. Siapa kata sayur di CH murah? Huhu.
Makan malam pertama Sk di CH, dah macam makan Nasi Ambeng pulak, hahahaha.
Lepas makan, kena dengar taklimat.. ngantuk wooo.. masa ni dah pukul 9 malam. Dahlah sejuk.. brrrrrrr. Habis jer taklimat, pergi berpoya-poya kat taman tema mini yang terletak di kawasan hotel. Syok giler makan jagung bakar dan jagung rebus kongsi ramai-ramai. Sabar ajelah. Gambar takde, boleh tengok video yang Sk kongsi di IG.
Sarapan hari pertama. Mee Goreng Kicap. Nasi Goreng Kicap dan Bubur Nasi.
Lepas tu, pulun pulak makan Bihun Sup.. kuat makan betul.. haha. Tapi Bihun Supnya sedap tau!
Kemudian sesi bengkel pun diteruskan. Semangat masing-masing berkobar-kobar tau, hehehe.
Petang tu kami ke Pekan Brinchang dan diberi masa dua jam untuk shopping.. huwa huwa huwa.
Strawberry Coklat haruslahhhhh!
Terus lupa anak kat rumah.. hahaha.
Alamak! Duit tak cukup ke kak???
Semuanya digoreng tepung.
Ketam Goreng Tepung
Udang 8 ekor RM10, murah!
Udang dan Sayur Goreng Tepung menjadi santapan petang itu sebelum ke sesi malam.
Malam tu dah tak larat nak makan.. tapi makan jugaklah.. hahaha.
American Breakfast sebelum sesi pembentangan.. hurmmm.
Dah kenapa tak kenyang-kenyang???
Semua happy maklumlah nak balik dahhhh!
Wajah-wajah ceria. Terima kasih bos. Tahun depan Langkawi ke Bandung ke.. ya bos :)))
Mula ingatkan chef kat hotel ni pandai masak kicap jer.. kekekeke.
Selamat Tinggal Cameron.. semoga dapat datang lagi bersama saudara maraku.. hahaha.
Bersambung di Part 2
Rentetan perjalanan sebuah kehidupan yg dilalui sepanjang 2016
ReplyDeleteSemuanya tinggal jadi memori SK.
huwaaa.. dah la lapar masuk sini tunjuk mkanan la pulak..
ReplyDelete