BURASAK, LOI & RENDANG AYAM FOR LUNCH

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


RASA macam tak bernafas, punyalah busy hari ni, ek. Tiba-tiba pulak tu busy-nya. Petang ni baru la dapat rileks sikit, cuaca pulak sejuk, hujan turun besar-besar tapi tak la lebat macam semalam masa balik kerja. Harapnya hari ni pun janganlah lebat sangat, sebab laluan balik tu semalam banjir teh tarik ya. Puncanya ada kawasan baharu nak dimajukan dan pagi tadi Sk tengok semak-samun sekeliling pagar zink yang dipasang sementara tu. Aisehmannn.. patutlah tenggelam dalam banjir lumpur semalam. 



Semalam petang, Cik Ani tanya, nak burasak tak? Eh, mestilah nak. SK kalau pasal burasak ni terus teringatkan Iman sebab dia terpaling gemar makan burasak ni. Ialah, mak mak mesti selalu ingat apa yang anak suka makan, kan. Pagi ni, Cik Ani bagitahu, loi (pulut) pun ada. Nak jugaklah dua-dua, walaupun katanya, lauk tak ada. Sebelum ambil burasak, Sk singgah kantin, nampak ada lauk Rendang Ayam. Harapkan ada la Asam Pedas tapi Kak Ngah (pembantu Kak Sab) beritahu hari ni Kak Sab masak kari. Tu pun belum siap, jadi Sk beli Rendang Ayam jer la. Nasib rendangnya banyak pulak kuah.



Baru duduk di kerusi, PI pulak mesej. Dia minta datang pejabatnya, ada urusan sikit. SK fikir ni tak boleh tangguh-tangguh, baik selesaikan hari ni jugak, nanti yang leganya Sk, hehehe. SK ambil PI dan kami ke Maybank cawangan BBU. PI kata, sekarang pergi bank rasa macam pergi pejabat kerajaan, semua veteran. Haaa.. ialah, dulu-dulu yang duduk kaunter semua muda-muda. Sekarang, semuanya Cik Puan. Patutlah orang muda sekarang sakit hati tengok Gen X masih kerja lagi, hihihi. Habis tu, kalau tak kerja, macam mana nak soru???



Selesai urusan, SK tanya PI, nak pergi makan ke? Nasibbbbb.. PI kata, masih kenyang lagi sebab dia sarapan lewat. SK dah terbayang burasak dan lepat loi makan dengan Rendang Ayam. Jadi, terus hantar PI balik pejabat. Alaaa.. sebelah jer dengan bank pejabatnya. Tapi kalau jalan kaki tak larat la kot, dah remaja purba tu. Sampai office, terus buka bungkusan burasak dan loi. Puas hati ek tengok burasak dia tebal berisi. Sekarang ni banyak jumpa burasak nipis macam manila card jer rupanya, hihi. Sedap lemak burasaknya, loi pun sedap, kenyal dan berdaging rasa pulutnya tu.



Adoi, makan dengan kuah rendang dulu pun dah sedap beno, apalagi kalau dapat asam pedas, kan. Lagi sedap kalau dapat asam pedas ikan parang tapi manalah nak cari asam pedas ikan parang. Nak masak sendiri, kena cari ikan parang pulak. Tapi, nak masaknya kat mana, jangan buat giler pulak masak kat office, Sk oi! Hahahaha. Jadinya, makan jer la dengan Rendang Ayam. Alhamdulillah, dua ketul burasak plus dua ketul loi masuk perut tengahari tadi. Rasa macam raya!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!