MASAK ASAM PEDAS AYAM & DAGING KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


KALAU dah duduk rumah tu, jangan haraplah dapat baring melengkau macam ulau atas pagau. Pagi tadi, Sk sarapan burger yang PI bawa balik malam tadi. Dalam pukul 10 panaskan mi goreng (glass mee) yang tinggal sikit, Iman bawa balik minggu lepas. Lepas tu, vacuum dan mop rumah dan ni baru siap mandi. Tu pun mop kat hall depan aje, nanti petang la kita mop dapur pulak. Walaupun dah tengahari, tak terasa nak makan nasi. Ada belen lauk Asam Pedas Ayam tapi rasa nak makan maggi, hihihi.



Asam Pedas Ayam, masak pada Rabu lepas, 4 November, semata-mata nak makan dengan burasak yang Cik Ani bagi. Ada stok ayam tapi sejuk beku dalam peti ais, lama pulak nak tunggu defrost. Balik kerja, singgah kedai runcit, beli ayam setengah ekor, sampai rumah terus singsing lengang, gunting cili kering. 


Berbaloi masak, selera betul Iman makan burasak dengan sampedas, hahaha.



Dia padahal dah janji dengan PI nak masak Sambal Daging dan kawannya Daging Kicap. SK tanya PI, ada Asam Pedas Ayam,nak ke lagi Sambal Daging? Kalau Daging Kicap aje ke, okey tak? PI kata, okey, jadi, tak jadilah masak Sambal Dagingnya, jimat tenaga Sk, hehehe.



Ada Baby Kailan goreng sos tiram. PI tak makan burasak, tu yang masak nasi dan sayur jugak la malam tu. Dia kalau datang rajin nak masak, tiba-tiba jer penuh lauk satu meja. Kadang nak selalu makan dekat luar, malas jugak, dahlah semua tempat makan best jauh-jauh. Yang dalam taman ni ada jer yang tak kena, adeh!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alhamdulillah satisfied juga craving nya nak makan burasak dgn asam pedas ye SK. Puashati la kan dapat yg diidamkan.

    ReplyDelete
  2. terliurnya tengok asam pedas akak, lama tak masak asam peda dh ni

    ReplyDelete
  3. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan. Terliur ni.

    ReplyDelete
  4. Sedap nampak Asam Pedas SK tu... Tapi memang sebenarnya masak sendiri lagi sihat dan berkhasiat untuk seisi keluarga kan... Cuma kadang2 tu ade juga lah rasa malas dan nak makan luar

    ReplyDelete
  5. Wiiiiih,lauk ayam asam pedas tuh, menggoda iman ya kaaak 😍😍😍. Saya masih beberapa jam lagi IF, langsung lapar 🤣🤣.

    Burasak atau buras memang sesuai lah dimakan dengan menu berkuah apapun. Saya sukaa. Tapi kalah di sini buras biasa makan dengan Coto Makasar

    ReplyDelete
  6. Hari tu buat la asam pedas ayam..tp SA x sempat share dalam blog..tak laku ye uolls...so asam pedas ikan je yang laku kat rumah SA...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!