Assalamualaikum...
AHAD lepas, Majalah Rasa dan Saji datang ke kolej Sk bagi mengadakan kelas masakan. Pada mulanya macam nak join jugak tapi sebab ada kekeliruan sedikit, Sk akhirnya tak dapat join. Agak kecewa sebenarnya tapi nak buat macam mana, kan.. dah tak ada rezeki kata orang.
Hari itu juga, pihak Saji mengadakan jualan beberapa produk keluaran syarikatnya antaranya minyak masak 5kg, garam gunung, susu pekat, sos cili dan sos tiram serta produk krimer berperisa saji yang viral kini iaitu krimer manis perisa tembikai susu (honey dew) dan perisa jagung. Sebelum ini kan Saji ada keluarkan juga krimer coklat dan bandung dan Sk pernah beli namun tidak menepati citarasa.
Walaupun begitu tak serik pulak nak cuba krimer honey dew dan jagung. Lagipun saji jual murah-murah aje kan. Sampai rumah, Sk terfikir, mungkin krimer ni perlu dibancuh semua baru sedap. Ialah, selalu tu bancuh secawan lebihnya tinggal dalam peti sejuk kemudian membeku dan berketul, tu yang jadi tak sedap agaknya.. Huhu. Lalu terus bancuh satu tin. Kalau ikut arahan pada label pun cadangan penyediaannya bancuh setin dengan seliter air, tulah.. Selama ni pemalas baca label, kahhhh.
Tadaaaa.. Nahhhh.. Minuman Saji Tembikai Susu.. Rasa sebiji macam jus honey dew tu. Rupa-rupanya inilah tips memyediakan minuman saji yang sedap.
Sk tuangkan setin krimer manis honey dew ke dalam jag, bancuh dengan air panas dulu sedikit, kemudian kacau sehingga susu larut barulah tambah air masak dan ais. Tapi tak boleh minum selalulahhhh.. Sekali sekala tak apa, hehehe.
Jom dapatkan krimer manis Saji berperisa honey dew, jagung, sirap dan coklat sekarang!
(harga yang dinyatakan adalah harga promosi jualan di tempat Sk, harga pasaran mungkin berbeza)
wow...tak pernah lagi rasa Saji yang honey dew ni...nak try cari nanti
ReplyDeleteSelamat petang Seri, macam best je tu, macam tak pernah tengok jugak kt sini alahai rugi lah kaknoor, nak balik lah hehe
ReplyDeleteNak pi hunting nanti..
ReplyDeleteKadang kat ECO ada jual, tapi faham-faham aje laa, kelip je mata hilang dah...